Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kemenangan pertama pasukan Sri Pahang dalam sainga Liga Super 2021 jelas melegakan pengendali Dollah Salleh selepas pasukan itu hanya mampu mengutip 1 mata dari 3 perlawanan pertama.

Tanpa menyembunyikan perasaan gembira dengan kemenangan itu, Dollah Salleh juga turut menghamburkan pujian kepada pemain-pemainnya yang telah berjaya mempamerkan aksi yang lebih baik berbanding perlawanan sebelum ini.

“Syukur alhamdulillah kita dapat 3 mata dan malam ini bagi saya ada banyak perubahan dalam pasukan tapi belum lagi tahap yang saya inginkan.”

“Saya sangat-sangat berpuas hati khasnya Lee Tuck, selepas 2 perlawanan dia agak terumbang ambing prestasinya. Dalam perlawanan ke-3 bertemu Melaka ada peningkatan.”

158653932_5150808374991626_1361584100315289220_o

“Saya cakap kat dia hari ni kau kena bagi lebih lagi, kalau kita nak menang kau kena tunjuk. Alhamdulillah dia tunjuk malam ni, bagi saya dia pemain terbaik pasukan Pahang.”

“Rata-rata saya berpuas hati dengan pemain-pemain yang menunjukkan komitmen 100% malam ini.”

Pertukaran Posisi Herold Goulon Bantu Barisan Pertahanan

Mengulas mengenai posisi pemain Herold Goulon semalam, Dollah Salleh menjelaskan bahawa beliau meletakkan pemain itu dihadapan pemain pertahanan tengah kerana pasukan Pahang agak longgar di bahagian itu.

“Sebab saya letak Goulon diantara 2 pertahanan tengah kerana kita agak longgar di bahagian pertahanan.”

160560837_3940213896039275_5758868426456833067_n

“Sebenarnya dia tidak ada masalah letak dimana sekalipun cuma dia ada sedikit kecederaan. Tapi saya nampak dia selesa bermain ditempat tu memberikan support ketika attacking dan defending.”

Mungkin tidak ada keserasian dan masih mencari rentak sebelum ini.

Dollah Salleh juga turut menjawab soalan dalam sidang media mengenai apakah “resipi” yang telah beliau gunakan sehingga aksi pasukan Sri Pahang boleh dianggap yang terbaik dalam 4 perlawanan pertama ini, beliau menjelaskan;

“Saya buat macam biasa je seperti sebelum ni. Dan apa yang saya terapkan dengan pemain kita mcm adik beradik kita boleh borak.”

“Dia tak ada beza antara coach dengan pemain cuma dia tahu respect. Itu je. Dekat situlah saya mainkan peranan dengan pemain supaya pemain tidak rasa macam tak puas hati dan sebagainya.”

“Saya nak pemain semua bila masuk padang ke masuk training ke semua boleh gelak. Saya nak semua enjoy.”

159889917_3940395469354451_2242027169249492670_o

Menyentuh mengenai aksi penyerang import mereka iaitu Yehven Bokashvili pula, nampaknya ketua jurulatih Sri Pahang itu masih percaya bahawa dia ketika ini masih belum mempamerkan aksi 100%.

“Yehven ni memang ada touches sebagai striker, cuma dia dah lama tak main bola. Dia sampai di Kuantan dia tak training 6 bulan jadi dia agak struggle dari segi fitness.”

“Saya percaya apa yang saya lihat pada dia, hari ini baru 40-50% impak dari dia. Ada kelebihan dia masih tertinggal.”

Teruskan membaca artikel lain yang telah kami sediakan melalui pautan dibawah.

Netizen Tak Puas Hati Aksi ‘Penerajang’ Adam Reed Hanya Terima Kad Kuning Dari Pengadil

Guilherme de Paula Tersenarai Dalam Kem Latihan Harimau Malaya, Tiada Liridon Krasniqi Kerana Isu Kuarantin

Pengadil Gagal Kesan Simulasi Pemain PJ City Digantung 2 Minggu, 3 Pemain Dirujuk Ke Jawatankuasa Tatatertib FAM

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group