Pengendali Sri Pahang, Dollah Salleh menegaskan kemasukan Herold Goulon nyata memberi perbezaan buat pasukan namun ketumpulan jentera serangan menjejaskan peluang untuk pasukannya untuk meraih mata pada perlawanan Liga Super menentang Penang semalam.

Pahang tewas buat kali ketiga berturut-turut apabila Penang menjaringkan tiga gol di laman sendiri sekaligus meraih kemenangan bagi mengekalkan kedudukan keempat di carta liga.

“Kita bermula dengan pemain muda tempatan dan hanya Lee Tuck sebagai pemain import. Bahagian pertahanan pada 20 minit awal agak kucar-kacir dan Penang mengambil kesempatan.

“Saya terpaksa membuat pertukaran dimana Herold Goulon dimasukkan walaupun beliau masih mengalami kecederaan. Kemasukan Goulon memberikan perbezaan terhadap pasukan.

“Pada separuh masa kedua kita sudah memperoleh rentak permainan. Namun bahagian serangan menjadi punca kepada pasukan kami,” kata Dollah pada sidang media selepas perlawanan.

Dollah turut memberi faktor utama mengapa beliau menurunkan pemain muda dimana beberapa pemain utama mengalami kecederaan sekaligus tidak dapat diturunkan.

Bekas pengendali pasukan kebangsaan itu turut tidak menafikan beliau kini menghadapi tekanan ekoran keputusan kurang memberangsangkan pasukan.

“Saya masa ambil semula pasukan ini sudah berada dalam tekanan. Malah sejak saya menjadi pengurus pasukan.

“Jadi saya gamble juga apabila diarahkan untuk menjadi ketua jurulatih semula. Saya sahut cabaran ini dan tahu risiko besar yang dihadapi. Jadi saya kena terima hakikat ini,” tambah Dollah.

Pada perlawanan seterusnya, Sri Pahang akan turun menentang pasukan di tangga tercorot iaitu UiTM FC.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Terengganu Sentap Ego JDT Di Stadium Sultan Ibrahim

Perlawanan Bertemu Kuwait Berstatus ‘Practice Match’ Sahaja, Tiada Kesan Kepada Mata FIFA Ranking Malaysia

Gagal Kutip Tiga Mata, Selangor Terkena ‘Sumpahan Amri Yahyah’