Pasukan Sri Pahang, tewas kepada PJ City dengan keputusan 0-1 dalam perlawanan LS5, dan pengendali berpengalaman Dollah Salleh ada meluahkan beberapa punca pasukannya tumpas dalam perlawanan itu.

Semasa sidang media selepas perlawanan tamat. Dollah Salleh menyatakan bahawa barisan serangan Sri Pahang amat tumpul sehingga gagal mencipta peluang untuk menjaringkan gol di Stadium MBPJ.

“Kita hari ini main tapi tak banyak mencipta peluang menjaringkan gol. Apa yang saya lihat, khasnya bahagian serangan nampaknya begitu tumpul sekali.”

Tak Nampak Dia Punya ‘umph!

Mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu, Dollah Salleh tidak menafikan bahawa itu sebenarnya adalah masalah dalam pasukan tersebut.

“Memang kita tak nafikanlah benda tu adalah kita punya masalah dalaman, terutamanya di bahagian serangan, dan tak nampak dia punya ‘umph!’ dekat tempat tu.”

“Walau bagaimanapun, corak permainan khasnya pada separuh masa ke-2, kita bermain baik tapi itulah setakat menyerang sahaja.”

“Tapi (peluang) untuk mencipta jaringan itu masih kurang. Sepatutnya bila kita sudah main setengah padang macam tu kita boleh mencipta banyak ruang untuk menjaringkan gol.”

“Dekat situlah kita ketandusan mendapatkan jaringan.”, tegas Dollah Salleh apabila menjawab soalan dari media.

Ketiadaan Mamadou Tidak Memberikan Masalah

“Saya tengok bahagian pertahanan tidak menjadi masalah. Cuma gol itu lah 1 kesilapan kita dan kita terima padahnya.”

“Secara keseluruhan saya lihat bahagian pertahanan kita (walau) tanpa Mamadou masih nampak tiada tekanan dari PJ City hari ini.”

“Sebab apa yang saya lihat, bila saya masukkan pemain tempatan itulah beza dia kerana pemain import ni tak nampak. Sepatutnya, kita kena mintak lebih dari pemain import, tapi (hari ini) saya tak dapat impak itu.”

“Harap-harap kita dapat ubah sedikit (selepas ini). Sebenarnya dari perlawanan pertama lagi kita tengok sampai perlawanan ke-5, ini adalah masalah paling besar yang kita hadapi.”

Ketumpulan Bahagian Serangan

“Kali ini saya ada masa 10 hari, dan ini adalah masa untuk saya melatih pasukan. Sebelum ni hanya tumpukan pada perlawanan dan bila ada 10 hari ini.”

“Disinilah baru saya dapat perbetulkan bahagian serangan. Banyak yang perlu diperbaiki.”, jelas Dollah Salleh sebelum menamatkan sidang media semalam.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.

Perlawanan JDT Bertemu Selangor Catatkan 1.5 Juta Tontonan, Lebih 4 Juta Tontonan Untuk 6 Aksi Liga Super Malaysia LS4

Adakah Penalti Ke-2 JDT Sepatutnya ‘Retake’, Kedudukan Kaki Khairulazhan Jadi Tanda Tanya.

Netizen Tak Puas Hati Aksi ‘Penerajang’ Adam Reed Hanya Terima Kad Kuning Dari Pengadil