Ketua jurulatih pasukan Pahang, Dollah Saleh berpuas hati sekaligus gembira apabila Pahang meneruskan rentak kemenangan dalam saingan peringkat kumpulan C Piala Malaysia 2019 dimana mereka menewaskan naib juara Piala FA, Perak dengan keputusan 3-0 semalam.

Menurut Dollah, beliau memuji anak-anak buahnya yang menampilkan aksi disiplin serta mengikuti segala perancangan yang telah ditetapkan. Namun, bekas pengendali skuad kebangsaan itu menggesa agar skuad bimbingannya tidak cepat berpuas hati dengan kemenangan semalam.

Dollah Salleh
Sumber Gambar: Stadium Astro

Dollah berkata: Memang kita berpuas hati, saya hari ini betul-betul dapat melepaskan tekanan. Pujian harus diberikan kepada semua pemain. Hari ini pemain betul-betul berdisiplin ketika bertahan dan melakukan serangan balas pantas.

“Enam mata bukan bermakna kita sudah boleh bergembira kerana perjalanan pasukan masih lagi jauh untuk menngisi tempat ke peringkat suku akhir. Bagi saya, walaupun pasukan berjaya mengutip 10 mata sekalipun, ia belum menjamin tempat jika gagal beraksi dengan baik.

“Oleh itu, fokus utama ialah untuk mengutip mata kesembilan apabila bertemu Sabah di Stadium Likas, pada 17 Ogos ini,” katanya.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur semalam, tiga jaringan daripada Herold Goulon, Saddil Ramdani dan Lazarus Kaimbi sudah cukup untuk memberikan mata keenam daripada dua perlawanan untuk juara edisi 2014 ini. Pada perlawanan pertama, Pahang berjaya menewaskan Pulau Pinang dengan keputusan 3-1.

Jika Pahang meraih tiga lagi mata pada perlawanan di Likas, maka mereka mempunyaipeluang cerah untuk mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir lebih awal.