Esok merupakan hari yang paling ditunggu-tunggukan oleh para peminat tempatan apabila dokumentari khas mengenai kisah perjalanan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bertajuk ‘Fearless: Rise of the Johor Southern Tigers’ disiarkan di saluran Astro First.

Difilemkan ketika musim 2019/2020, docu-series ini mengisahkan tentang personaliti-personaliti di JDT dan penyokong mereka yang penuh bersemangat ‘Boys of Straits’, politik dalaman serta perjuangan pemain di dalam dan di luar padang juga bagaimana pasukan yang bercita-cita besar ini membina legasi dalam dunia bola sepak.

Dokumentari ini juga diarahkan oleh Leon Tan (produser “War of the worlds: Goliath”) bersama pengarah filem terkemuka, Tony Pietra Arjuna.

Docu-series lima episod ini boleh ditonton menerusi sewaan di Astro First dengan harga RM15 (tidak termasuk 6% cukai) untuk 48 jam. Setiap episod berdurasi 22 minit menceritakan berkaitan susah payah, emosi sebenar dan di sebalik perjalanan JDT mencapai kejayaan menjulang Liga Super Malaysia enam kali berturut-turut.

Anda boleh melanggan Astro First saluran 480 atau menerusi ‘On Demand Store’ melalui sambungan WiFi ke PVR Box, Ultra Box dan aplikasi Astro Go.

FEARLESS Rise of the Johor Southern Tigers

Sinopsis setiap episod ‘Fearless: Rise of the Johor Southern Tigers’

Episod 1: Mencipta Sejarah
Ianya bermula apabila seorang penyokong melaungkan ayat “selamatkan bola sepak Johor” Dari situ, Tunku Mahkota mengambil cebisan impian dan menukarkannya menjadi kuasa besar, menguasai bola sepak Malaysia dan memberi kejutan kepada arena antarabangsa. Saksikan perjalanan JDT FC dalam usahanya untuk berdiri sama tinggi dengan ikon-ikon bola sepak dunia.

Episod 2: Zon Perang
Bola sepak tiada daya tarikan. Ia adalah kerja keras. Dan jikalau anda mempamerkan prestasi di bawah jangkaan, anda berkemungkinan tidak akan ada. Pertempuran sengit berlaku setiap hari, baik di dalam dan di luar padang. Saksikan cara JDT mengemudi melalui zon perang yang menggila, dalam perjuangan untuk menjulang Piala Malaysia 2019.

Episod 3: Keluarga
Para pemain dan pengurusan JDT berasal dari pelbagai negara di dunia, berbeza gaya hidup, bertutur dalam pelbagai bahasa. Dari pemain yang berasal dari Malaysia hingga ke pemain Amerika Latin. Mereka menjalani kehidupan, bermain dan berjuang bersama-sama — dalam kehidupan seharian dan juga di padang. Apa yang lahir adalah satu pasukan yang bersatu, dan sebuah keluarga yang benar-benar unik.

Episod 4: Empayar
Terokai asas penubuhan empayar JDT — para penyokong, dan masa hadapan. Oleh kerana ramai penyokong menggunakan bola sepak untuk menyatupadukan masyarakat pelbagai budaya, Akademi Bolasepak JDT mengumpulkan bakat-bakat muda Malaysia yang terbaik — bukan sahaja membangunkan pemain bola sepak untuk masa hadapan, tetapi juga pemimpin dalam permainan yang dinamakan Kehidupan, memberikannya kembali kepada masyarakat.

Episod 5: Keagungan
Tahun 2020 menyaksikan sebuah stadium baharu, pelbagai piala, dan kekuatan baru untuk mencapai misi yang dimulakan pada tahun 2012 oleh TMJ, Tunku Mahkota Johor. Tetapi perjalanan sebenar Baginda tidak pernah diceritakan, hingga sekarang. Bakal Sultan Johor — dan bakal Raja Malaysia — fokusnya adalah bola sepak sebagai kekuatan dan semangat untuk menyatukan masyarakat pelbagai kaum, Negeri dan Negara.

Baca artikel lain mengenai perkembangan JDT melalui pautan dibawah.

TMJ Sasar JDT Lepasi Peringkat Kumpulan, Layak Ke Suku Akhir Saingan ACL

JDT Capai Persetujuan Dengan Pemain Kacukan Malaysia Nathaniel Shio Hong Wan Dari Wolverhampton Wanderers

Saluran Youtube Bola Sepak Tersohor Dunia – COPA90, Terbitkan Video Khas Mengenai Pasukan JDT

JDT Jadi Kelab Pertama Malaysia Sediakan Fasiliti Bagi Pemain Akademi