Dalam satu artikel yang dikeluarkan oleh media sukan dari Thailand SiamSports semalam mendedahkan satu perkara yang mengejutkan berkait dengan punca kecederaan yang dialami oleh Chanathip Songkrasin baru-baru ini.

Mengikut artikel tersebut, doktor pasukan serta pasukan fisioterapi kelab Hokkaido Consadole Sapporo yang melakukan rawatan keatas Chanathip Songkrasin menyatakan mereka terpaksa melakukan banyak ujian MRI bagi mengenalpasti punca sebenar kecederaan.

Berdasarkan analisis yang telah dibuat oleh pasukan perubatan dan fisioterapi, kesukaran bernafas atau lebih tepat lagi ‘shotness of breath‘ yang dialami oleh pemain itu tahun ini berpunca dari volume latihan yang dilakukan sejak dari awal tahun 2019, oleh pihak kelab dan juga pasukan kebangsaan.

maxresdefault

Aktiviti bagi kedua-dua pasukan dikatakan tidak mempunyai waktu rehat yang mencukup untuk pemain berusia 26 tahun itu yang tidak mudah untuk dipulihkan. Dalam masa yang sama acceleration untuk membina kekuatan badan yang selalunya menyakitkan turut menyumbang kepada perkara ini.

Beberapa kali kecederaan dibahagian belakang betis menghantui Chanathip Songkrasin tahun ini dan pasukan perubatan fisioterapi akan memberikan lebih fokus kepada beliau apabila melakukan latihan atau sebelum perlawanan untuk memantau perkembangan dan pattern yang mungkin mengundang kecederaan.

Ketika ini, Chanathip Songkrasin sudah mula kembali ke sesi latihan pasukan utama dan dijangka akan bersedia menjelang perlawanan akhir Levain Cup 2019 bertemu Kawasaki Frontale pada 26 Oktober 2019.

Baca juga artikel menarik lain yang rugi jika anda tidak membacanya dengan segera.

Akira Nishino Gugurkan Pemain Kacukan Sweden-Thailand Kerana Menipu Mengenai Kecederaan

7 Pemain Malaysia Berisiko Digantung 1 Perlawanan Jika Kutip Kad Kuning Bertemu Thailand

Thailand Akan Kembali Guna Teknologi VAR Dalam Perlawanan Akhir Piala FA Thai 2019

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group