Pemain pertahanan Vietnam, Doan Van Hau menegaskan skuad The Golden Dragons mampu mencipta kejutan dalam perlawanan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Van Hau, yang beraksi di Eropah bersama SC Heerenveen berkata pengalaman yang diperoleh beliau dilihat mampu untuk membantu Vietnam mara ke pentas terbesar di dunia bola sepak itu.

Doan Van
Sumber Gambar: Eredivisie

“Menyertai kelab seperti Heerenveen seperti mimpi menjadi kenyataan. Beraksi bersama pemain terbaik banyak membantu meningkatkan kualiti saya.

Pemain berusia 21 tahun itu pernah beraksi di pentas Piala Dunia B-20 pada 2017 lalu dan beliau menyasarkan untuk beraksi di Qatar pada 2022 nanti.

“Baki tiga perlawanan adalah sangat penting bagi kami. Vietnam perlu memperoleh mata maksimum bagi melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

“Saya percaya kami mampu untuk melakukannya. Bukan saya sahaja mahu layak ke Piala Dunia, tetapi semua pemain mempunyai sasaran sama.

“Saya percaya Vietnam mampu mencipta kejutan. Yakin dengan kemampuan anda dan percaya diri, maka tiada apa yang mustahil,” kata Doan Van Hau.

Skuad kendalian Park Hang-seo itu akan berdepan Malaysia pada 13 Oktober, Indonesia pada 12 November dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 17 November.

Baca artikel lain mengenai Doan Van Hau yang telah kami sediakan di sini:

Kerana Gaji Terlalu Tinggi, SC Heerenveen Tidak Sambung Kontrak Doan Van Hau

Hanoi FC Sanggup Bayar Gaji Doan Van Hau RM2.2 Juta Setahun Untuk Kekal Berada Di Belanda

Media Thailand Anggap Theerathon Bunmathan Lebih Baik Berbanding Doan Van Hau