Pemain pertahanan skuad kebangsaan Vietnam, Doan Van Hau digesa untuk terus kekal bersama SC Heerenveen dan menunggu untuk mendapat peluang bagi beraksi bersama pasukan utama.

Perkara ini disuarakan oleh pengulas sukan terkenal Vietnam, BLV Quang Huy dimana beliau berpendapat saingan Eredivisie sesuai dengan Van Hau.

Heerenveen
Sumber Gambar: Thoi Dai

“Saya berpendapat Van Hau masih lagi berkembang bersama Heerenveen. Beliau belum beraksi dalam saingan Eredivisie dan sering berlatih bersama skuad pembangunan.

“Berlatih bersama skuad pembangunan adalah perkara yang bagus kerana pemain Belanda mempunyai kualiti yang lebih baik.

“Saya berpendapat Heerenveen merupakan kelab yang sesuai untuk Van Hau. Dia masih muda dan perlu bersabar untuk mendapatkan peluang beraksi bersama pasukan utama,” kata Quang Huy.

Heerenveen
Sumber Gambar: VietnamNet

Sebelum ini, Doan Van Hau dijangka tidak kekal lama bersama Heerenveen apabila beliau masih lagi gagal untuk membuat penampilan dalam saingan Eredivisie.

Malah, mengikut undian di laman media sosial Twitter, rata-rata peminat pasukan tidak mahu pemain berusia 21 tahun itu diberikan kontrak lanjutan oleh pihak kelab.

Baca artikel lain mengenai Doan Van Hau di sini:

Peminat Heerenveen Tidak Mahu Doan Van Hau Kekal Bersama Pasukan

Heerenveen Mahu Buang Lima Pemain Dengan Gaji Tertinggi, Doan Van Hau Jadi Salah Satu Calon

CEO Heerenveen Nafi Tandatangani Doan Van Hau Hanya Untuk Tujuan “Marketing”