Pemain pertahanan skuad kebangsaan Vietnam, Doan Van Hau bakal menjadi penerima gaji kedua tertinggi di SC Heerenveen apabila beliau menandatangani kontrak lanjutan bersama pasukan terbabit.

Baru-baru ini, Heerenveen dikhabarkan telah menghubungi Hanoi FC bagi memperpanjang kontrak pinjaman Van Hau yang akan berakhir pasa Jun ini.

Doan Van Hau
Sumber Gambar: Thoi Dai

Jika pemain berusia 21 tahun itu menandatangani kontrak lanjutan, maka Heerenveen perlu mengekalkan gaji semasa Van Hau iaitu sebesar €217 ribu atau RM1 Juta setahun.

Menurut peraturan yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Belanda (KNVB), gaji minimum yang perlu dibayar oleh pasukan Eredivisie kepada pemain dari luar Eropah ialah sebanyak RM1 Juta setahun. Jadi, Heerenveen tidak boleh memotong gaji Van Hau meskipun menghadapi masalah kewangan.

Doan
Doan Van Hau debut bersama SC Heerenveen. (Foto: Dok. SC Heerenveen).

Penerima gaji tertinggi ketika ini ialah Nemanja Mihajlovic dimana beliau menerima gaji sebanyak €260 Ribu atau RM1.2 Juta setahun.

Penerima gaji tertinggi sebelumnya iaitu Ricardo Van Rhijn (€307 Ribu/RM1.4 Juta setahun) dan Daniel Høegh (€296 Ribu/RM1.3 Juta setahun) telahpun dilepaskan bagi meringankan beban pasukan.

Baca artikel lain mengenai Doan Van Hau di sini:

Kelab Eropah Berminat Dapatkan Khidmat Pertahanan SC Heerenveen, Doan Van Hau

Hanoi FC ‘Buka Harga’ Jualan Doan Van Hau RM7 Juta, Perbincangan Akan Diadakan Pada Minggu Depan

Peminat Heerenveen Tidak Mahu Doan Van Hau Kekal Bersama Pasukan