Kem skuad kebangsaan Vietnam mula resah apabila tonggak pertahanan, Doan Van Hau dilaporkan mengalami kecederaan serius sehingga terpaksa berehat sekurang-kurangnya selama sebulan.

Beliau tidak turun menjalani latihan penuh bersama skuad Hanoi FC sejak beberapa hari lalu. Pemain yang berusia 21 tahun itu disahkan mengalami kecederaan hamstring di otot peha dan anterior meniscus pada lutut kanan.

Menurut laporan media Vietnam (Laodong), Van Hau dijangka tidak akan beraksi dalam perlawanan bola sepak kompetitif selama 4 hingga 6 minggu.

Doan-Van-Hau-1-01
FOTO: Hanoi FC

Kecederaan itu juga menyaksikan kelabnya, Hanoi FC tidak dapat menggunakan khidmatnya dalam perlawanan suku akhir National Cup menentang Can Tho pada 11 September ini.

Ia juga bermakna Van Hau akan terlepas dua perlawanan V. League 2020 apabila ia kembali bersambung semula. Sejak pulang dari Eropah, Van Hau mempamerkan aksi yang memukau dalam  2 perlawanan persahabatan menentang Viettel.

Ketiadaan Van Hau sudah pasti merupakan satu kehilangan besar untuk skuad kebangsaan Vietnam selepas dua pemain pertahanan iaitu Dinh Trong dan Duy Manh turut terpaksa berehat panjang akibat kecederaan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan Vietnam melalui pautan dibawah. 

Pengarah Teknikal VFF Ramalkan Vietnam Akan Kalahkan Jepun Satu Hari Nanti

Kem Vietnam ‘Kalut’ Filip Nguyen Terima ‘Call Up’ Skuad Kebangsaan Republik Czech Bertemu Scotland Dalam UEFA Nations League

Vietnam ‘Gelabah’ Hilang Kelebihan Selepas Perlawanan Kelayakan Piala Dunia Ditunda