Penyerang yang pernah dikaitkan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT), Radamel Falcao kembali ke saingan La Liga apabila beliau dilaporkan bakal menyertai Rayo Vallecano.

Perkara ini dikongsikan oleh Fabrizio Romano dimana Falcao sudah bersetuju dengan syarat yang diberikan oleh kelab dan kini hanya menunggu pengumuman rasmi dari Rayo Vallecano mengenai ketibaan pemain itu.

Sebelum ini, portal sukan Turki dan wartawan sukan di Colombia mendedahkan Falcao bakal menyertai JDT selepas menamatkan kontrak beliau bersama Galatasaray pada awal musim 2021/2022.

Namun, JDT pantas menafikan berita tersebut dengan menyatakan kelab tidak mempunyai kemampuan kewangan yang mencukupi bagi menandatangani marque player seperti Falcao ekoran pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.

Saingan La Liga bukanlah asing bagi Falcao dimana sebelum ini beliau beraksi bersama Atletico Madrid dan pernah memenangi beberapa kejuaraan antaranya Copa Del Rey (2012/2013).

Pemain berusia 35 tahun ini juga mempunyai rekod jaringan yang baik bersama Atletico dimana beliau menjaringkan 52 gol dalam 68 penampilan sepanjang dua musim beraksi bersama seteru Real Madrid itu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Eropah di sini:

Bintang Muda Indonesia, Witan Sulaeman Sertai Kelab Poland, Lechia Gdańsk

Ronaldo Pecah Rekod Ali Daei Dan Kejar Rekod Datuk Soh Chin Aun

Mbappe Tolak Tawaran Kontrak Lanjutan €45 Juta Semusim, Lebih Tinggi Dari Gaji Messi & Neymar