Mikel Arteta terkilan dengan persembahan tidak terurus pasukannya pada separuh masa pertama berhadapan dengan Villareal – pada aksi separu akhir pertama Liga Europa. Arsenal berjaya membawa pulang 1 gol tempat lawan. Dengan kemenangan 2-1 memihak pasukan bimbingan bekas pengurus Arsenal – Unai Emery.

Arsenal ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama. Dan menyaksikan Dani Ceballos dilayangkan kad merah. Pepe menyempurnakan penalti yang dimenangi oleh Bukayo Saka. Sekaligus memberikan harapan kepada Arsenal menjelang aksi kedua di Emirates minggu hadapan.

Arteta berkata: “Kami tidak bertandang ke sini untuk kalah, namun jelas sekali cara permainan ini berkembang, dengan 2-0 di belakang, bermain 10 orang, maka ini adalah hasil terbaik yang kita perolehi.”

“Terdapat dua baba berbeza. Dan kami mulai menjadi kami sendiri [pada separuh masa kedua]. Pada separuh masa pertama, terlalu banyak situasi tidak berpihak kepada kita. Kita tidak jelas ketika menekan lawan di garisan tinggi, kita tak terurus, dan kita tidak tajam dengan bola. Kita gagal mengawal perlawanan ini secukupnya.”

“Kita juga tak cukup ancaman ataupun keinginan untuk menyerang ke dalam kotak pertahanan lawan. Namun di separuh masa kedua, segalanya ternyata berbeza sama sekali.”

“Kami sudah terbiasa dengan prestasi cemerlang Bukayo Saka musim ini, tapi itu juga amaran kepada kami agar melakukan lebih lagi dan tak boleh sentiasa bergantung kepada dia seorang.”

“Bernd Leno bermain baik, pada kedudukan 2-0, peluang tiba untuk Gerard Moreno, dan Leno menyelamatkan kami semua, pada minit akhir, ada peluang keemasan untuk Auba menyamakan kedudukan.”

“Saya yakin, kita ada peluang untuk menang [dalam pertarungan ini], itu pasti.”

Ditanya sama ada beliau benar benar yakin bahawa Arsenal akan menyingkirkan Villareal selepas ini, Arteta berkata: “Kami adalah Arsenal.”

UEL adalah peluang terakhir untuk Arsenal mara ke UCL pada musim hadapan. Seteru senegara mereka, Man United sudah sebelah kaki di final dengan kemenangan besar ke atas Roma 6-2.

Baca juga artikel

UEL: Man United Sebelah Kaki Di Final, Fernandes Dan Cavani Mengganas

Analisis Taktikal: 3-2-5 City Yang Membunuh Mentaliti PSG

UCL: City Hampiri Final Pertama, Pochettino Geleng Kepala Kesilapan Amatur Pemainnya