Kehadiran Shin Tae-yong yang mula dilantik sebagai pengendali skuad kebangsaan Indonesia bermula 29 Disember 2019 bukan sahaja telah mengubah lanskap bola sepak di negara tersebut.

Malah, ia juga turut memberikan kesan positif dalam kalangan pemain muda yang kini dilihat lebih mendapat tempat di hati jurulatih kelahiran Korea Selatan itu.

Hakikat itu jelas dibuktikan apabila penyerang skuad Bawah 23 Tahun (B-23) Indonesia, Hanis Sagara Putra mengakui Shin Tae-yong telah menjelmakan kesan positif dalam dirinya terutamanya mengenai menepati masa.

Hanis yang turut menganggotai skuad finalis Indonesia dalam kempen Piala AFF Suzuki 2020 di Singapura mendedahkan peranan dimainkan Tae-yong telah membuatkan dirinya lebih berdisiplin.

Hanis Sagara. Kredit FotoL PSSI

“Ilmu yang boleh diambil daripada beliau mungkin berkaitan dengan disiplin,” ujar Hanis ketika sesi temubual di saluran Youtube Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI).

“Setiap masa kita perlu untuk berdisiplin dan menghargai orang yang lebih tua dari kita.”

“Dia selalu bekerja keras dan sentiasa mahu mengorbankan dirinya untuk negara kita,” tambah pemain berusia 22 tahun itu lagi.

Hanis Sagara Putra kini bersama 28 pemain B-23 yang lain sedang menjalani latihan pusat skuad kebangsaan di Bali sebelum terbang ke Kemboja bagi menghadapi kempen Kejuaraan AFF B-23 dimana Indonesia berada satu kumpulan bersama musuh tradisi, Malaysia, Myanmar dan Laos.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia:

Rames Lai Mahu Hadiahkan Kenangan Manis Buat Irfan Bakti

Pau Marti Vicente Bakal Jadi Pembantu Kepada Kim Pan-gon

Guimaraes Anggap Newcastle Mampu Jadi Lebih Besar Daripada Arsenal

Sumber