Thomas Tuchel menganggap pengadil sebagai gred E ataupun bahasa pasar kita, pengadil cap ayam dalam aksi Bayern Munich dengan Manchester City di Allianz Arena.

Skuad bimbingan Pep Guardiola mara ke separuh akhir Liga Juara-juara Eropah dengan agregat memberangsangkan 4-1 menyingkirkan Bayern Munich. Selepas terikat 1-1 dalam aksi kedua.

Pengurus baharu Bayern itu menelan satu lagi kekalahan. Dengan dia turut dilayangkan kad merah dalam aksi di Allianz Arena. Ini selepas dia beberapa kali membuatkan pengadil perlawanan bengang dengan kelakuannya.

Tuchel berpuas hati dengan prestasi pasukannya namun ada dua perkara yang dia kesalkan iaitu keadaan padang dan pengadil perlawanan Clement Turpin sebagai gred E.

“Saya gembira dengan prestasi anak anak buah saya. Namun ada dua perkara yang saya rasa tidak mencapai standard yang sepatutnya iaitu keadaan padang dan juga pengadil yang gred E.”

“Saya memberikan dia rating 6 sahaja, yang paling teruk. Keputusan pengadilan pertamanya sampailah yang terakhir [adalah teruk]. Saya tak nampak foul dan penalti yang dia berikan ke atas kami.”

Pada separuh masa pertama Turpin melayangkan lima kad kuning dan 1 kad merah kepada Dayot Upamecano kerana kesalahan sebagai pemain terakhir.

Namun kad merah itu ditarik semula selepas Erling Haaland didapati ofsaid. Turpin turut melengahkan sepak mula perlawanan kerana ada masalah pada alatan komunikasinya.

Selain daripada masalah tersebut, Thomas Tuchel ternyata sangat gembira dengan prestasi yang ditunjukkan pasukannya.

“Kita membuktikan bahawa kita boleh bermain dengan baik pada tahap ini. Namun kita menyaksikan kita agak malang sejak akhir akhir ini.”

“Kesanggupan yang kita perlu tunjukkan, meningkatkan prestasi dan menyokong sesama sendiri sebagai pasukan serta menunjukkan rasa lapar dan tamak untuk mencapai sasaran kita yang telah kita pamerkan di Bayern Munich.”

“Ini adalah perkara yang kamu telah persetujui sejak hari pertama kami menandatangani kontrak dengan Bayern Munich.”

“Saya rasakan semua orang telah memberikan yang terbaik. Walaupun ia tidak kelihatan begitu [dari segi keputusan]. Namun dengan percaya dengan lebih keyakinan dan ketenangan kita akan berada di sana dengan lebih konsistensi.”

“Kita mahu mempersiapkan diri untuk aksi Sabtu ini untuk menunjukkan karakter sebenar kita di atas padang.”

Selepas menewaskan Borussia Dortmund pada debutnya dengan Bayern, Tuchel kini hanya memang 1 daripada 3 aksi domestik terakhir dan kalah kedua dua aksi berdepan Manchester City.