Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Seorang pemain skuad AFF Suzuki Vietnam terpaksa dihantar balik ke Vietnam selepas pihak Singapura mendapati pemain itu gagal mengemukakan guarantee letter untuk memasuki negara itu.

Do Hung Dung, pemain yang baru sahaja pulih dari kecederaan serius patah kaki awal musim 2021, terpaksa pulang begitu sahaja dan tidak akan dapat diturunkan.

Menurut artikel yang diterbitkan oleh ZingNews hari ini, isu ini sebenarnya berpunca dari 1 kesilapan bodoh pihak VFF sendiri dimana nama Do Hung Dung tiada dalam senarai 30 pemain yang dihantar pada 24 November lalu.

Nama pemain itu dimasukkan dalam senarai pada 29 November 2021, 5 hari selepas tarikh tutup yang sepatutnya disedari lebih awal.

do hung dung aff suzuki cup

Pihak VFF dan Kedutaan Vietnam di Singapura sudah melengkapkan semua dokumen dan segala prosedur untuk Do Hung Dung menyertai kejohanan AFF Suzuki Cup 2020, tetapi pihak berkuasa yang berkenaan di Singapura tidak menerima rayuan untuk mengeluarkan surat jemputan tambahan.

Mengikut artikel itu lagi, untuk memasuki Singapura dengan tujuan sebagai pemain kejohanan AFF Suzuki Cup 2020, Do Hung Dung memerlukan kelulusan bertulis dari kerajaan Singapura dan beliau tidak berada dalam senarai 30 pemain yang dihantar pada 24 November lalu.

Pemain itu juga dimaklumkan telah menyertai sesi latihan yang dikendalikan oleh Park Hang-seo pada 27 November selepas melalui beberapa ujian dan telah disahkan berada dalam keadaan yang baik untuk bersama skuad Vietnam di AFF Suzuki Cup 2020.

Dengan Do Hung Dung yang terpaksa dihantar pulang, skuad Vietnam kini hanya mempunyai 29 orang pemain dan akan cuba mempertahankan kejuaraan mereka pada edisi kali ini.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Tan Cheng Hoe Harap FC Midtjylland Beri Pelepasan Lebih Awal Untuk Dion Cools Bersama Malaysia

Tan Cheng Hoe:”Paling Penting Corak Permainan Dan Prestasi Pemain Meningkat Setiap Perlawanan.”

Tan Cheng Hoe Panggil Arif Aiman Dan Kalamullah Al-Hafiz Lapor Diri Ke Kem Latihan Skuad AFF Suzuki Cup 2020

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group