Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Persoalan mengenai ketiadaan Brendan Gan pada perlawanan bertemu Kuala Lumpur (KL) City, Sabtu lalu terjawab apabila ketua pasukan Selangor itu disahkan menghidap penyakit kanser testis.

Ketiadaan Brendan jelas menjadi tanda tanya dalam kalangan para penyokong selepas barisan kesebelasan utama Selangor memberikan penghargaan dengan turut sama membawa jersi pemain berusia 33 tahun itu ketika mengambil foto pasukan pada perlawanan di Stadium Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras itu.

Perkembangan terkini itu telah disahkan oleh laman sosial rasmi kelab yang kini menduduki tangga kelima saingan Liga Super Malaysia 2021. 

“Dengan rasa berat hati, kami di SFC ingin memaklumkan tentang keadaan Ketua Pasukan Selangor FC.”

“Untuk makluman, Brendan telah didapati menghidap kanser testis dan telah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ketumbuhan tersebut dan kini sedang dalam pemantauan pakar perubatan.”

“Walau diuji, Brendan tetap optimis dan kuat. Semoga kita semua dapat terus mendoakan kesihatan dan memberikan privasi kepada beliau sepanjang tempoh pemulihannya.”

“Brendan tekad untuk kembali pulih secepat mungkin dan tidak sabar untuk kembali semula bersama pasukan,” menurut kenyataan dikeluarkan Selangor FC.

Brendan  menjadi sandaran utama buat Selangor di jentera tengah selepas diikat skuad ‘Gergasi Merah Kuning’ itu pada musim lalu.

Vocket FC turut mengambil kesempatan untuk mendoakan agar Brendan Gan segera sembuh daripada penyakit kanser ini dan diharapkan dapat kembali beraksi seperti kebiasaan.

Baca artikel lain mengenai Brendan:

Karsten Neitzel Lantik Brendan Gan Jadi Ketua Pasukan Hadapi Musim 2021

Brendan Gan Nafi Bakal Sertai Kelab Vietnam Musim Hadapan

Brendan Gan: “Bukan Mudah Sebagai Pemain Berada Di Rumah Sahaja Kerana Sudah Biasa Berlatih Setiap Hari”

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group