Pemain pertahanan kacukan negara, Dion Johan Cools menegaskan beliau tiada perancangan untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia kerana masih mempunyai baki kontrak bersama kelab Denmark, FC Midtjylland.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam satu temu bual baru-baru ini bersama Dion yang baru sahaja menamatkan tugasan bersama skuad Harimau Malaya itu.

Dion difahamkan masih mempunyai kontrak bersama Midtjylland sehingga Jun 2023 dan beliau mahu memberikan sepenuh fokus untuk menampilkan prestasi terbaik sehingga kontraknya tamat.

Sebelum ini, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan pihaknya sudah lama merancang untuk membawa Dion Cools beraksi di Liga Malaysia.

Cools
Sumber Gambar: FAM

“(Dion Cools) berada di tahap yang lain dan beliau merupakan pemain yang bagus. Perancangan untuk bawa ke JDT sudah lama tetapi terpulang kepada pemain itu.

“Buat masa ini beliau masih muda dan lebih baik beraksi di peringkat tertinggi Eropah selama yang beliau mahu,” kata TMJ.

Dion beraksi dalam tiga aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dimana beliau bergandingan dengan Aidil Zafuan di posisi pertahanan tengah.

Malaysia tewas kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam dan hanya mengutip satu kemenangan ketika menentang Thailand.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

ACL 2021: Jaringan Leandro Pacu Kemenangan JDT Atasi Ratchaburi

Jepun Ada 451 Pemain Di Serata Eropah, 250 Pemain Aktif Bermain Dalam Liga Bola Sepak Jerman.

TMJ: Perancangan Bawa Dion Cools Ke JDT Sudah Lama, Tapi Lebih Baik Beraksi Di Eropah