Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain pertahanan negara, Dion Johan Cools terus mendapat kepercayaan pengendali FC Midtjylland apabila tersenarai dalam skuad bagi menghadapi saingan UEFA Europa League (UEL) musim ini.

Perkara ini dikongsikan oleh Harimau Abroad di laman media sosial Twitter dimana Cools sebelum ini turut menjadi pilihan untuk membarisi barisan pertahanan Midtjylland ketika mereka beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Midtjylland terpaksa beraksi dalam saingan Europa League setelah tewas kepada PSV Eindhoven pada aksi kelayakan pusingan ketiga saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini.

Skuad kendalian Bo Henriksen pada mulanya berjaya menewaskan Celtic pada aksi kelayakan pusingan kedua dengan keputusan agregat 3-2 sebelum tewas kepada PSV dengan keputusan agregat 4-0.

FC Midtjylland diundi dalam kumpulan F bersama kelab Bulgaria, Ludogorets Razgrad, kelab Serbia, Crvena zvezda dan kelab Portugal, SC Braga.

Midtjylland akan memulakan aksi dengan turun menentang Ludogorets pada 17 September ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Eropah di sini:

Spurs Denda 3 Pemain Yang Ingkar Dan Balik Ke Amerika Selatan

Ronaldo: Messi Bukan Jaminan PSG Juara UCL

Ferdinand: Man Utd Tidak Sesuai Dengan Corak Permainan Daniel James

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group