Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain pertahanan negara, Dion Johan Cools meminta peminat bola sepak tanah air untuk menghormati keputusannya yang tidak menyertai skuad kebangsaan dalam dua perlawanan persahabatan menentang Jordan dan Uzbekistan.

Dion memberikan jawapan mengenai ketiadaan beliau dalam skuad kebangsaan kali ini dimana beliau belum 100 peratus pulih daripada kecederaan yang dialami.

“Semua orang tahu yang saya amat bangga dapat beraksi bersama Malaysia. Ia satu penghormatan yang besar dan saya menganggapi perkara ini dengan serius.

“Ramai yang mempersoalkan ketiadaan saya dalam kem latihan pusat. Jadi biar saya jelaskan. Saya mengalami kecederaan yang serius dan sejak itu saya tidak berada dalam keadaan 100 peratus.

“Pihak kelab dan juga saya telah bersetuju untuk menggunakan tempoh cuti bagi mengembalikan semula kecergasan saya. Sayangnya saya akan terlepas dua perlawanan bersama pasukan kebangsaan.

“Saya harap semua faham dan menghormati keputusan yang telah saya buat,” katanya.

Peminat mula mempersoalkan isu kecederaan yang dialami oleh Dion Johan Cools dimana beliau diturunkan dalam perlawanan Danish Superliga antara FC Midtjylland menentang AGF yang menyaksikan Midtjylland memenangi perlawanan dengan keputusan 4-0.

Ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe turut menjelaskan Dion Cools masih dalam proses pemulihan dan belum cergas sepenuhnya.

Beliau hanya akan menyenaraikan pemain yang benar-benar cergas untuk diturunkan pada perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Jordan dan Uzbekistan minggu ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia dan pasukan kebangsaan di sini:

Daniel Ting Sasar Sarung Jersi Skuad Kebangsaan Hadapi Piala AFF 2020

Tan Cheng Hoe: “Sebenarnya Dion Cools Belum Pulih Sepenuhnya”

Tan Cheng Hoe: Shahrul Nizam Tahu Dia Berada Di Senarai Menunggu

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group