Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain pertahanan negara, Dion Johan Cools kembali ke saingan Jupiler Pro League Belgium bagi menghadapi baki saingan musim 2021/2022 dengan menyertai Zulte Weregem.

Zulte mengumumkan ketibaan Dion di laman media sosial rasmi pasukan dan pemain berusia 26 tahun itu menyertai Zulte secara pinjaman sehingga saingan musim 2021/2022 menutup tirai.

“Saya melihat diri saya sebagai pemain pertahanan kanan moden yang gemar untuk membantu pasukan ketika bertahan dan menyerang. Zulte adalah pasukan yang baik meskipun tidak meraih hasil yang positif sejak kebelakangan ini.

“Kelab ini mempunyai cita-cita dan sasaran tersendiri dan saya harap saya mampu untuk menjadi sebahagian daripada daripada usaha itu,” kata Dion Johan Cools.

Sebelum ini, Dion beraksi bersama kelab Denmark, FC Midtjylland yang merupakan pendahulu dalam saingan Danish Superliga ketika ini dengan kutipan 35 mata, dua mata di hadapan FC Copenhagen yang menduduki tempat kedua.

Dion memulakan karier bola sepak profesional dalam saingan liga Belgium dimana pada kali pertama beliau beraksi ialah ketika musim 2014-2015 dalam saingan divisyen kedua bersama OH Leuven.

Pada June 2015, pemain kacukan Malaysia-Belgium itu menandatangani kontrak selama empat tahun bersama Club Brugge dan beliau berjaya memenangi dua kejuaraan divisyen pertama serta Belgian Super Cup selain beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Lima musim kemudian, Dion berhijrah ke saingan liga Denmark dimana beliau menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama FC Midtjylland.

Zulte Weregem ketika ini menduduki tangga ke-16, empat mata di atas zon penyingkiran yang ketika ini dihuni oleh RFC Seraing dan Beerschot. Kehadiran Dion diihat mampu untuk mengukuhkan benteng pertahanan Zulte dalam usaha untuk menjarakkan diri daripada zon penyingkiran.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Eropah di sini:

Lukaku Mohon Maaf: “Chelsea Adalah Kelab Saya Sejak Dari Kecil”

Liverpool Meminta Aksi Menentang Arsenal Ditunda Sebab Tak Cukup Pemain

EPL: Rangnick Telan Kekalahan Pertama Bersama Setan Merah

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group