Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Dua pemain penyerang yang sudah pulih daripada kecederaan, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi dan Darren Lok telah dipanggil oleh Ketua Jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe bagi menyertai pusat persiapan Piala AFF Suzuki 2021.

Shahrel dan Darren bakal menyertai 26 orang lagi pemain yang akan menjalani sesi latihan bermula 22 November sebelum senarai lengkap 24 pemain diumumkan Cheng Hoe bagi menghadapi saingan di Singapura bermula 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022 itu.

Selain itu, Dion Cools yang sebelum tidak menyertai skuad negara ke Amman, Jordan bagi berhadapan Jordan dan Uzbekistan ekoran kecederaan dialaminya turut kembali dipanggil.

Perkembangan positif terus dapat disaksikan apabila Shahrul Saad juga bakal kembali memperkuatkan jentera pertahanan negara. Menarik untuk disaksikan sekiranya Shahrul dapat bergandingan dengan Dion Cools di jentera pertahanan tengah.

Bagaimanapun, kelibat pemain tonggak JDT seperti Corbin-Ong, Matthew Davies, Nazmi Faiz Mansor, Arif Aiman Hanapi serta Farizal Marlias tiada dalam senarai pilihan Cheng Hoe kali ini.

Menurut sumber kenyataan dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), skuad negara akan berlepas ke Singapura pada 3 Disember nanti.

Berikutan saingan TM Piala Malaysia masih berlangsung, hanya pemain yang pasukannya sudah terkeluar daripada saingan, sama ada peringkat kumpulan dan suku akhir akan melapor diri di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Isnin, 22 November 2021.

Ia kemudian bakal disusuli pemain yang pasukannya tersingkir pada peringkat separuh akhir TM Piala Malaysia 2021 untuk melapor diri pada Ahad, 28 November 2021.

Seterusnya, pemain yang pasukannya layak ke Final TM Piala Malaysia 2021 pada Selasa, 30 November 2021 akan melapor diri pada Rabu, 1 Disember 2021.

Bagi pemain-pemain yang berpangkalan di luar negara, mereka akan melapor diri mengikut tarikh pelepasan yang diberikan oleh kelab masing-masing.

Berikut merupakan senarai lengkap 28 pemain yang dipanggil untuk menyertai sesi latihan pusat skuad kebangsaan pada kali ini:

Skuad kebangsaan

Teruskan membaca artikel-artikel lain seperti dibawah.

Gemar Ambil Risiko Antara Sebab Steven Gerrard Pilih Aston Villa

Freddie Ljungberg Calon Utama Isi Jawatan Ketua Jurulatih FC Tokyo

Rozaimi Abdul Rahman Bakal Sertai Sesi Pemilihan Bersama Sabah

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group