Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pemain pertahanan pasukan negara, Dion Cools nampaknya sudah menyertai pasukan baharu selepas beliau meninggalkan kelab Denmark, FC Midtjylland baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Dion tersenarai dalam skuad yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan bagi menghadapi dua perlawanan antarabangsa pada kejohanan jemputan 48th King’s Cup 2022 di Chiang Mai, Thailand pada 22 dan 25 September 2022.

Dalam senarai tersebut, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah meletakkan nama pemain serta kelab masing-masing dan nama Dion disertakan dengan kelab baharunya iaitu FK Jablonec, salah satu pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Republik Czech.

Dion Cools telah mencapai kata sepakat dengan kelabnya, FC Midtjylland untuk menamatkan kontrak sekaligus beliau dibenarkan untuk mencari pasukan baharu bagi menghadapi saingan musim 2022/2023.

“FC Midtjylland dan Dion telah mencapai kata sepakat untuk menamatkan kontrak sedia ada, jadi pemain berusia 26 tahun itu bebas mencari kelab baharu. Pemain pertahanan Malaysia itu menyertai Midtjylland pada Januari 2020 dari Club Brugge dan telah membuat 53 penampilan. Kami ucapkan selamat maju jaya kepada beliau,” dipetik dari laman web rasmi kelab.

Sebelum ini, Dion tidak tersenarai dalam skuad Midtjylland bagi menghadapi saingan Liga Europa (UEL) sekaligus menjadi petanda awal bahawa beliau akan meninggalkan pasukan itu.

Dion kembali ke pangkuan FC Midtjylland setelah menamatkan tempoh pinjaman bersama kelab Belgium, Zulte Waregem selama enam bulan bagi menghadapi baki aksi saingan musim 2021/2022. Dion membantu Zulte kekal dalam saingan divisyen pertama dimana kelab tersebut menamatkan saingan di tangga ke-16 daripada 18 pasukan yang bertanding.

Dion juga dikaitkan dengan perpindahan ke Johor Darul Ta’zim (JDT) dimana pemilik kelab iaitu Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) menyatakan bahawa Dion mempunyai keinginan yang tinggi untuk menyarung jersi JDT.

“Saya dan Dion mempunyai hubungan baik yang begitu lama dan beliau memang menyuarakan hasrat mahu bermain di sini.

“Akan tetapi, situasi sekarang adalah sedikit susah untuk pihak kami kerana perlu membayar pampasan untuk tebus kontrak beliau. Saya akan menandatangani Dion kemungkinan pada hujung tahun ini atau tahun hadapan,” kata TMJ.