Pemain pertahanan negara, Dion Cools menegaskan beliau tidak menyesal memilih untuk beraksi di peringkat antarabangsa bersama Malaysia dan bersedia untuk mati demi negara.

Beliau berkata demikian selepas Malaysia menewaskan Bangladesh pada aksi terakhir kumpulan E saingan kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil sekaligus menyaksikan pasukan negara layak ke temasya Piala Asia secara merit buat kali pertama dalam tempoh 42 tahun.

Dion Cools
Sumber Gambar: FAM

“Saya tidak menyesal apabila memilih untuk mewakili Malaysia dan saya sanggup mati untuk negara,” katanya.

Lebih manis lagi, Dion Cools menjaringkan gol pertamanya bersama Malaysia di peringkat antarabangsa dimana beliau meledak gol kedua pasukan negara pada separuh masa pertama menerusi rembatan kaki kiri yang gagal diselamatkan penjaga gol Bangladesh.

Dion juga dinobat sebagai pemain terbaik perlawanan dan menegaskan semua pemain yang beraksi semalam juga wajar untuk diangkat sebagai pemain terbaik.

“Bagi saya semua pemain adalah Man of The Match kerana kami sebagai satu pasukan telah memberikan yang cukup terbaik. Ia satu perjalanan yang panjang buat kami.

“Jadi kami boleh enjoy terlebih dahulu dengan kejayaan ini sebelum kembali fokus untuk misi yang seterusnya,” tambahnya.

Dalam perlawanan semalam, Malaysia terlebih dahulu membuka akaun jaringan melalui sepakan penalti yang disempurnakan oleh Safawi Rasid pada minit ke 16 selepas Matthew Davies menerima terjahan keras daripada pemain lawan.

Pada minit ke 32, Stadium Nasional Bukit Jalil bergema dengan sorakan penyokong Bangladesh apabila pasukan mereka berjaya menyamakan kedudukan melalui tandukan Mohammad Ibrahim yang mudah menewaskan Syihan Hazmi.

Bagaimanapun, kegembiraan penyokong pelawat itu tidak bertahan lama apabila Dions Cool memanfaatkan peluang keemasan dengan melakukan rembatan leret dari sebelah kanan sehingga menewaskan Anisur Rahman untuk gol kedua Malaysia pada minit ke 37.

Malaysia terus bangkit mengandakan asakan dan berjaya menambah gol ketiga menerusi tandukan Syafiq Ahmad hasil hantaran cantik faisal halim dari luar kotak penalti.

Darren Lok kemudiannya berjaya menambah gol keempat pada minit ke 72 selepas menyudahkan hantaran cantik Akhyar Rashid dari sebelah kanan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan kebangsaan di sini:

Analisis: Kim Pan Gon Gunakan Corbin Ong Sebagai Suis Sistem ‘Overloading’

Harimau Malaya Tamatkan Penantian 43 Tahun, Layak Ke Piala Asia 2023 Secara Merit

Menteri Anggap Sorakan Penyokong Punca Pemain Harimau Malaya Hilang Fokus