Malaysia menamatkan saingan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dengan kemenangan apabila menewaskan Thailand dengan keputusan 1-0.

Kemenangan ini nyata disambut baik oleh ramai pihak khususnya pemain kacukan negara, Dion Johan Cools yang meraih kemenangan pertama bersama skuad Harimau Malaya.

Sejak menyertai pasukan negara sebelum saingan peringkat kelayakan bermula, Dion diberi tanggungjawab untuk beraksi di bahagian tengah pertahanan dalam tiga perlawanan iaitu ketika menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE), Vietnam dan Thailand.

Pemain FC Midtjylland itu menampilkan satu prestasi yang baik meskipun pada awalnya sedikit gugup dan belum menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan yang lain.

Puncak prestasi Dion Cools sejak beraksi dengan skuad Harimau Malaya ialah pada perlawanan semalam dimana beliau berjaya mengemudi barisan pertahanan dengan baik selain membantu Syahmi Safari yang diturunkan di posisi pertahanan kiri bagi menggantikan La’vere Corbin-Ong.

Kemenagan ke atas Thailand membolehkan pasukan negara layak ke saingan kelayakan Piala Asia 2023 yang dijangka bakal bermula pada September ini.

Malaysia ketika ini menduduki pot 3 namun boleh kedudukan ini boleh berubah dengan berada dalam pot 2 sekiranya meraih kemenangan dalam perlawanan persahabatan yang akan datang.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan di sini:

Skuad Negara Tamatkan Saingan Dengan Kemenangan Ke Atas Thailand

Ramalan Kesebelasan Utama Malaysia Menentang Thailand

Wan Kuzain Mahu Beraksi Bersama Harimau Malaya