Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Setelah menampilkan prestasi cemerlang dalam saingan pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023, pemain pertahanan negara, Dion Cools dikaitkan dengan salah satu pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Brentford.

Beredar khabar angin di laman media sosial yang mengatakan Brentford bakal mendapatkan khidmat pemain kacukan Malaysia-Belgium itu pada jendela perpindahan musim panas kali ini ekoran kelab tersebut turut dimiliki oleh pemilik FC Midtjylland yang juga kelab terkini Dion iaitu Matthew Benham.

Dion Cools

Sumber Gambar: PFA Malaysia

Dion kembali ke pangkuan FC Midtjylland setelah menamatkan tempoh pinjaman bersama kelab Belgium, Zulte Waregem selama enam bulan bagi menghadapi baki aksi saingan musim 2021/2022. Dion membantu Zulte kekal dalam saingan divisyen pertama dimana kelab tersebut menamatkan saingan di tangga ke-16 daripada 18 pasukan yang bertanding.

Sekiranya Dion Cools menandatangani kontrak bersama Brentford, beliau tidak akan berdepan masalah untuk beraksi di EPL meskipun negara yang diwakilinya tidak berada dalam senarai 50 pasukan teratas dalam ranking FIFA kerana Dion akan dikira sebagai pemain Europe Grown kerana beraksi di Eropah sejak peringkat pembangunan.

Setakat ini, Dion pernah beraksi di peringkat tertinggi seperti Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bersama Midtjylland pada musim lalu dan beberapa kelab besar di Belgium seperti Club Brugge. Oleh itu, beliau dilihat tidak akan berdepan masalah untuk menyesuaikan diri dengan saingan EPL.

Musim lalu, Brentford menamatkan saingan di tangga ke-13 sekaligus berjaya mengelak tersingkir ke diviyen kedua pada musim pertama mereka kembali ke EPL dalam tempoh masa 74 tahun. Prestasi ini dinilai sangat baik memandangkan pasukan itu beroperasi dengan bajet yang rendah serta menentang pasukan besar lain dalam liga.

Antara pemain bintang dunia yang beraksi bersama Brentford ialah Christian Eriksen yang sebelumnya beraksi bersama Tottenham Hotspur. Eriksen baru-baru ini menolak untuk menyertai Manchester United dan lebih memilik untuk kekal bersama skuad kendalian Thomas Frank.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Eropah di sini:

Demi Mengejar Minit Perlawanan Untuk Negaranya, Minamino Sedia Tinggalkan Liverpool

Neville Hentam Keluarga Glazer Ambil Dividen £11 Juta Selepas Menambah Hutang Kelab Kepada £591 Juta

Menunggu Perbicaraan Kes Pukul Wanita, Giggs Rasminya Letak Jawatan Pengurus Wales

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group