Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santo tersenarai dalam 5 pemain terbaik Brazil yang pernah beraki dalam saingan Thai League.

Baru-baru ini, laman berita bola sepak Thailand, SmmSport telah mengeluarkan satu senarai mengenai pemain terbaik dari Brazil yang pernah beraksi di Thailand. Diogo tersenarai selepas mempunyai catatan yang berbisa sepanjang tiga musim beraksi di sana.

Diogo sememangnya menjadi antara salah satu penyerang import terbaik apabila beliau beraksi bersama Buriram United dari tahun 2015 hingga 2016. Secara keseluruhan, Diogo menjaringkan 132 gol dalam 159 dan memenangi 11 kejuaraan penampilan sepanjang beraksi bersama Buriram.

Diogo Luis
Sumber Gambar: Goal.com

Setelah tampil cemerlang selama tiga musim bersama Buriram, Diogo menyertai JDT bermula musim 2019 dan beliau sekali lagi menjadi nadi utama di bahagian serangan bagi juara bertahan Liga Super itu.

Selain Diogo Luis Santo, empat pemain lain yang turut tersenarai ialah Victor Amaro, Leandro Assumpção, Heberty Fernandez dan Cleiton Silva. Amaro merupakan satu-satunya pemain tengah manakala empat lagi pemain merupakan penyerang.

Baca artikel lain mengenai Diogo Luis Santo di sini:

“Diogo Mungkin Akan Dapat Kerakyatan Thailand Pada Umur 45 Tahun Jika Proses Itu Berlaku Sekarang”

Kelab Ternama Thai League Mahu Dapatkan Khidmat Diogo Luis Santo

Alexandre Gama Akui Theerathon Bunmathan Miliki Kualiti Yang Sama Dengan Diogo Luis Santo