Penyerang baharu BG Pathum United, Diogo Luis Santo mempunyai sasaran iaitu mahu membantu pasukannya untuk memenangi saingan Thai League 1 musim hadapan.

Diogo, yang juga bekas pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT) sah menyertai BG Pathum pada semalam dimana kehadiran beliau diumumkan oleh pihak kelab menerusi laman media sosial rasmi pasukan.

Menurut laporan Siamsport, Diogo berazam untuk membantu BG Pathum memenangi takhta Thai League 1, selain beraksi dengan baik dalam saingan AFC Champions League (ACL) 2021.

“Saya gembira dengan perpindahan ini. Sudah pasti matlamat utama saya ialah memenangi Thai League 1 dan membantu pasukan menampilkan persembahan terbaik dalam saingan AFC Champions League 2021.

“Saya mahu penyokong berasa gembira, meskipun saya telah memenangi kejuaraan di Thailand sebelum ini. Saya akan bekerja keras kerana bola sepak memerlukan dedikasi serta kerja keras,” kata Diogo Luis Santo.

Sebelum beraksi bersama JDT, Diogo tampil dengan cemerlang bersama Buriram United dimana beliau telah menjaringkan 101 gol dalam 105 penampilan sepanjang empat musim di sana.

Selain itu, pemain berusia 33 tahun ini juga pernah memenangi saingan Thai League 1 sebanyak 3 kali, 1 Piala FA dan 2 Piala Liga. Selain itu, Diogo muncul sebagai penjaring terbanyak liga sebanyak dua kali iaitu pada 2015 dan 2018.

Baca artikel lain mengenai Diogo Luis Santo dan BG Pathum United di sini:

Diogo Luis Santo Sarung Jersi Bernombor 7 Bersama BG Pathum United

Diogo Luis Santo: JDT Dan Malaysia Ada Tempat Istimewa Dihati, Rakam Ucapan Terima Kasih Kepada TMJ

Diogo Luis Santo Bakal Terima Gaji Tertinggi Di BG Pathum United