Dalam satu kemaskini terkini Diogo Luis Santo dilaman media sosial, beliau menyatakan amat bersyukur menjadi sebahagian dari skuad JDT selama 2 musim mulai 2019 dan 2020.

Diogo juga turut merakam ucapan terima kasih istimewa kepada TMJ serta memberitahu bahawa beliau menikmati keseronokan dan dalam masa yang sama berjaya merangkul pencapaian yang hebat selain mengutip pengalaman untuk kariernya sebagai pemain bola sepak.

“Saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah mengalu-alukan kedatangan saya dan keluarga.”

“Sekarang, tiba masa untuk saya meneruskan perjalanan mencari cabaran baru, tetapi JDT dan Malaysia akan sentiasa berada ditempat istimewa dihati saya dan hidup saya.”

“Saya juga berharap semua pasukan di Malaysia akan ‘inspired’ dengan profesionalism dan struktur di JDT untuk bola sepak dalam negara ini berkembang lebih maju.”

Diogo Luis Santo akan menyertai BG Pathum United dalam saingan Thai League 1 mulai pusingan kedua nanti dan dijangka akan bergandingan dengan penyerang lagenda Thailand, Teerasil Dangda yang akan menyertai pasukan itu dari Shimizu S Pulse tidak lama lagi.

BG Pathum United semalam baru sahaja mengesahkan tempat dalam saingan AFC Champions League musim 2021 apabila menewaskan Chonburi 2-1 di LEO Stadium.

Boa sorte meu mano, que Deus te abençoe!

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

BG Pathum United Sahkan Tempat Dalam Saingan AFC Champions League Musim 2021

Bekas Penyerang Kelab Vasco da Gama Kini Dikaitkan Dengan Perpindahan Ke Pasukan Pantai Timur

Jalil Rasheed: 5 Perkara Penting Kelab Bola Sepak Perlu Pertimbangkan Sebelum Disenaraikan Di Bursa Malaysia

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group