Penyerang import baharu BG Pathum United, Diogo Luis Santo menjaringkan gol pertama bersama pasukan itu pada perlawanan Thai League 1 menentang Trat FC semalam.

Diogo yang diturunkan dalam kesebelasan utama mencetak gol pada minit ke-45 sekaligus membantu BG Pathum mencetak kemenangan ke-16 dan mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini.

Pemain dari Brazil berusia 33 tahun ini kembali ke saingan Thai League 1 setelah dua musim beraksi di Malaysia bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).

BG Pathum menandatangani Diogo bagi memperkuatkan jentera serangan dalam usaha mereka memenangi trofi divisyen pertama liga bola sepak Thailand itu selain memberikan cabaran dalam saingan AFC Champions League (AFC) musim ini.

Diogo Luis Santo
Sumber Gambar: BG Pathum United

Selain membawa masuk Diogo Luis Santo, BG Pathum turut menandatangani seorang lagi penyerang berprofil tinggi iaitu ketua pasukan skuad kebangsaan Thailand, Teerasil Dangda.

Teerasil berjaya menjaringkan gol pertama bersama BG Pathum pada perlawanan menentang kelab Dominic Tan iaitu Police Tero FC minggu lalu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Stadium Sultan Ibrahim Tersenarai Dalam 20 Calon ‘Stadium of The Year 2020’, Stadium Pertama Di Malaysia Seumpamanya

MFL: Liga Malaysia Bermula 5 Mac 2021, JDT Bertemu Kedah Buka Tirai Piala Sumbangsih

Mohamadou Sumareh Sah Sertai Johor Darul Ta’zim