Bakal penyerang baharu BG Pathum United, Diogo Luis Santo dikhabarkan bakal menjadi penerima gaji tertinggi di kelab Thai League 1 itu.

Salah satu media Thailand, Siam Sports menyatakan gaji tinggi yang diterima oleh Diogo ketika beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menjadi faktor utama mengapa BG Pathum membayar harga tinggi untuk bulanan gaji Diogo.

Diogo Luis

Sumber Gambar: JST

Gaji bulanan Diogo bersama BG Pathum dianggarkan sebesar ฿3 Juta atau sekitar RM408 Ribu sebulan. Ini menjadikan Diogo sebagai penerima gaji tertinggi di BG Pathum.

Selain Diogo, tujuh lagi pemain turut menerima gaji bulanan yang besar dimana BG Pathum mula membawa masuk pemain berprofil tinggi dalam usaha mereka untuk memenangi takhta Thai League 1.

Berikut adalah penerima gaji bulanan tertinggi di BG Pathum United.

1. Diogo Luis Santo = RM408 Ribu sebulan.

2. Victor Cardozo = RM136 Ribu sebulan

3. Teerasil Dangda = RM98 Ribu sebulan

4. Andres Tunez = RM95 Ribu sebulan

5. Sarach Yooyen = RM81 Ribu sebulan

6. Mitsuru Maruoka = RM81 Ribu sebulan

7. Thitipan Puangchan = RM74 Ribu sebulan

8. Sumanya Purisai = RM74 Ribu sebulan

Pemain Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha pula tidak tersenarai sebagai antara penerima gaji bulanan tertinggi di BG Pathum United.

Baca artikel lain mengenai Diogo Luis Santo di sini:

Diogo Luis Santo Bakal Lengkapkan Perpindahan Ke BG Pathum United Pada 17 November

Fernando Rodriguez Ganti Diogo Luis Santo Dalam Saingan ACL

Diogo Luis Santo Kembali Ke Thailand, Camilo Da Silva Penyerang Baharu JDT Musim Depan

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group