Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santo dikhabarkan bakal melengkapkan perpindahan beliau ke kelab Thai League 1, BG Pathum United pada 17 November ini.

Menurut salah seorang pengguna Twitter yang mengikuti rapat mengenai perpindahan Diogo ke BG Pathum, bekas pemain Buriram United itu akan berlepas ke Thailand pada 17 November sekaligus melengkapkan perpindahan beliau.

Bulan lalu, Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) dalam satu sidang media mengesahkan Diogo akan kembali ke Liga Thailand musim depan.

Tempat Diogo akan diisi oleh Camilo Da Silva atau dikenali sebagai Camilo Sanvezzo yang pernah beraksi dalam saingan Major League Soccer (MLS) bersama kelab Vancouver Whitecaps FC dengan rekod 43 gol dalam 102 penampilan.

Diogo Luis Santo

Camilo Da Silva

Sepanjang beraksi bersama JDT, Diogo membantu pasukan itu memenangi dua gelaran Liga Super dan satu Piala Malaysia.

Baca artikel lain mengenai Diogo Luis Santo di sini:

Fernando Rodriguez Ganti Diogo Luis Santo Dalam Saingan ACL

Diogo Luis Santo Kembali Ke Thailand, Camilo Da Silva Penyerang Baharu JDT Musim Depan

Diogo Luis Santo Kembali Ke Thailand, Camilo Da Silva Penyerang Baharu JDT Musim Depan

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group