Skuad Piala Dunia 2018 Australia, semalam mengumumkan secara rasmi skuad 23 orang pemain mereka yang tersenarai untuk beraksi di Russia kurang dari 2 minggu lagi.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Apa yang menarik perhatian penyokong bola sepak Malaysia terutamanya pasukan Kelantan adalah, bekas penyerang The Red Warriors kira-kira 5 tahun lepas, Dimitri Petratos, turut berada dalam senarai akhir 23 orang pemain yang akan mewakili Australia nanti.

Ketika bersama Kelantan, Dimitri Petratos yang beraksi dalam AFC Cup dalam semua 7 perlawanan, menjaringkan 4 gol sehingga ke peringkat suku akhir apabila disingkirkan oleh Kitchee SC pada musim 2013.

A-League Rd 5 – Newcastle v Wellington
NEWCASTLE, AUSTRALIA – NOVEMBER 04: Dimitri Petratos of the Jets in action during the round five A-League match between the Newcastle Jets and the Wellington Phoenix at McDonald Jones Stadium on November 4, 2017 in Newcastle, Australia. (Photo by Ashley Feder/Getty Images)

Selepas dilepaskan Kelantan, Petratos kembali ke Australia bersama Brisbane Roar selama 4 tahun setengah dan berjaya menampilkan aksi terbaiknya sehingga membuatkan Newcastle Jets mengikat beliau dengan kontrak 3 tahun pada Januari 2017.

DeunDJOX0AEEJOL

Beberapa minggu selepas itu, Petratos membuat keputusan untuk menerima tawaran dari sebuah kelab K.League Classic, Ulsan Hyundai dengan kontrak 2 tahun. Namun, beliau hanya mampu berada di Ulsan Hyundai sehingga bulan Jun 2017 sebelum kembali meyertai Newcastle Jets sehingga kini.

Senarai Penuh Pemain Australia Ke Piala Dunia 2018

DetkgOoX0AEVI2v