Nama Luis Enrique antara yang dikaitkan dengan Manchester United menggantikan Ole Gunnar Solskjaer yang baru dipecat.

Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini beberapa kali berjaya mengelakkan daripada dipecat.

Namun prestasi Man United musim ini membuatkan Solskjaer tidak mampu mempertahankan jawatannya lagi.

Manchester United hanya menang sekali daripada 7 perlawanan terakhir mereka. Kekalahan di tangan Watford benar benar sukar untuk diterima oleh pengurusan tertinggi.

Ini kerana sebelum ini Solskjaer masih mendapat mandat daripada majoriti lembaga pengarah United dan Joel Glazer.

Manchester United memulakan pencarian pengurus baharu untuk menjadi interim terlebih dahulu.

Buat masa ini Manchester United akan dikendalikan oleh Michael Carrick yang akan dibantu oleh Darren Fletcher.

Nama nama seperti Zinedine Zidane, Erik Ten Hag dan Brendan Rodgers antara yang dikaitkan dengan Man United.

Selain daripada nama nama tersebut, Manchester United juga dikaitkan dengan bekas pengendali Barcelona, Luis Enrique.

Enrique sekarang mengendalikan pasukan kebangsaan Sepanyol. Beliau ditanya oleh La Sexta tentang rumors yang mengaitkan beliau dengan kelab gergasi Inggeris itu.

Enrique pantas bertanya: “Adalah hari ini hari April Fool?”

Enrique menganggap berita itu sebagai satu jenaka. Kerana beliau langsung tidak berminat meninggalkan jawatannya pada ketika ini bersama dengan Sepanyol.

Enrique menambah beliau sangat gembira berada di pasukan kebangsaan Sepanyol. Beliau mahu membimbing skuad itu ketika beraksi di Piala Dunia Qatar 2022.

Luis Enrique dikenali dengan gaya bola sepak modennya yang menekankan corak permainan posesif dan juga menyerang.

Baca juga artikel

RASMI: Jodoh Ole Gunnar Solskjaer, Manchester United Berakhir

Sergio Aguero Bakal Umum Persaraan Kerana Masalah Jantung

EPL: Liverpool Tamatkan Rekod Tanpa Kalah Arsenal Dengan Kemenangan 4-0 Di Anfield