Barcelona sekadar terikat seri 1-1 dengan Eibar dalam aksi La Liga. Ia keputusan yang agak mengejutkan.

Sekaligus menyukarkan harapan mereka untuk mendakap gelaran La Liga pada musim ini. Perkara itu diakui sendiri oleh pengurus pasukan, Ronald Koeman.

Musim lalu Barcelona gagal menjuarai La Liga selepas dipintas Real Madrid pada ketika La Liga disambung semula selepas berehat.

Barcelona mendapat sepakan penalti awal perlawanan. Namun tugasan itu diserahkan kepada Martin Braithwaite, kerana ketiadaan Lionel Messi.

Braithwaite gagal menyempurnakannya dan merembat tersasar.

Penyerang antarabangsa Denmark tersebut kemudian menjaringkan gol pada minit ke-25. Malangnya, VAR membatalkan gol itu kerana ofsaid.

EqbSKK5W8AAvR0D

Sebaliknya Eibar terlebih dahulu di hadapan menerusi Kike pada minit ke-57. Ianya berpunca daripada kesilapan Araujo yang leka dan kehilangan bola di kawasan sendiri.

10 minit kemudian, Ousmane Dembele menebus kegagalannya sebelum itu dengan gol penyamaan.

Barcelona memiliki peluang keemasan selepas Trincao ‘menari nari’ menewaskan 3 pertahanan lawan namun percubaan leretnya menghampakan.

Perlawanan berakhir 1-1. Barcelona kini hanya mengumpul 25 mata dengan berada di tangga keenam. Barca berada 7 mata di belakang pendahulu, Atletico Madrid.

Selepas tamat perlawanan, Ronald Koeman menyuarakan ketidakyakinannya tentang peluang kejuaraan untuk Barca.

Koeman berkata: “Saya cuba bersikap realistik. Untuk menang gelaran liga musim ini akan menjadi sangat rumit. Namun tidak ada yang mustahil, tetapi kita harus memahami jaraknya.”

Koeman kemudian menganggap Atletico sebagai pasukan pilihan. Kerana mereka tampil lebih kuat musim ini.

“Bagi saya, Atletico kini kelihatan dalam keadaan sangat baik. Mereka sangat kuat dan tidak bolos banyak bolos dan tak banyak kalah.”

Agak ironi kerana tindakan Koeman sendiri membuatkan Atletico bertambah lebih kuat. Ini selepas Luis Suarez dibenarkan menyertai seteru satu liga yang memang pencabar kejuaraan setiap musim selain Real Madrid.

Baca juga perkembangan lain

Tuchel Sedia Ganti Frank Lampard Di Chelsea

Lampard Anggap Chelsea Patut Menang Dan Persoal Gol Villa Kerana Handball

Messi Tak Mahu Tinggalkan Barcelona Januari Ini Dan Berimpian Ke Amerika Syarikat