Skill atau taktikal bukan masalah utama pemain Malaysia. Jika tidak, masakan pemain bawah 12 dan 15 tahun kita mampu menang besar ketika menentang kelab-kelab luar.

Masalah kita bermula di usia 16-17 tahun di mana otot mula berubah dari peringkat remaja ke dewasa. Selain itu, stamina atau Strength & Conditioning mereka tidak berada pada tahap optimum.

Di sini kita mula ketinggalan dari segi fizikal untuk bersaing dengan pasukan gergasi Asia seperti Jepun, Korea Selatan dan negara teluk arab. Diet serta resistance training yang tepat memainkan peranan utama untuk mengatasi masalah ini.

Justeru itu, bekas pemain ragbi negara, Iskandar Salleh tekad melahirkan lebih ramai pemain tempatan yang mempunyai fizikal sasa dengan menubuhkan kelab bola sepaknya sendiri iaitu Pandan United FC pada tahun lepas.

Kelab ini akan beraksi dalam saingan Liga M4 musim depan dan dikendalikan sepenuhnya oleh beliau. Para pemain kelab ini didedahkan dengan strength & conditioning, pemakanan atlet (nutrition) serta latihan ‘public speaking’ bagi melengkapkan mereka ke arah profesionalisme.

Usaha beliau mula membuahkan hasil apabila salah seorang pemain daripada kelab itu, Mohammad As’syaqireen bin Hasnoddin atau dipanggil sebagai Qireen mula merasai perbezaan dari segi fizikal.

WhatsApp Image 2020-10-14 at 2.52.10 PM

Qireen yang berusia 27 tahun memiliki ketinggian 189 cm dan beliau beraksi di posisi pertahanan tengah. Iskandar mahu memastikan anak buahnya lebih bersedia beraksi di peringkat tertinggi kelak.

“Kita akan pastikan fizikal mereka lebih baik agar setanding dengan pemain antarabangsa lain dan juga menyiapkan mereka agar dapat mewakili negara,” katanya ketika dihubungi Vocket FC.

Menurut Iskandar, perubahan fizikal pemain tersebut adalah hasil latihan angkat beban selama 3 bulan disertakan dengan amalan diet pemakanan atlet. Malah, segala pemakanan sebelum dan selepas latihan turut disediakan oleh beliau.

“Ini dikenali sebagai Diet Paleo yang mana memang berkesan untuk membina otot. Pemain masa kini terdedah pada pelbagai jenis makanan tak sihat hingga melemahkan tubuh badan mereka sendiri.

“Pemain saya diberikan makan sayur, ayam, ubi keledek dan tomato. Makanan ini dimasak kukus atau grill. Makan setiap 2 jam 30 minit (6-8 kali sehari). Selepas latihan, mereka juga akan diberi supplement (whey protein),” katanya.

WhatsApp Image 2020-10-15 at 7.15.27 AM
Makanan yang diberikan kepada pemain Pandan United FC.

Kita sedia maklum ketika di zaman lagenda bola sepak negara (SuperMokh), tiada restoran mamak serta kedai tomyam hingga larut malam.

Sumber makanan yang diambil oleh arwah Mokhtar Dahari adalah di sekitar rumahnya seperti ayam, telur serta sayur-sayuran yang tumbuh merata. Eating clean dan fresh, no fast & junk food. Tidak hairanlah fizikal SuperMokh dilihat lebih sasa dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

“Saya sendiri pernah terserempak dengan seorang pemain kebangsaan yang menikmati kangkung goreng belacan, paprik serta tomyam pada jam 11 malam di hari biasa.

“Sebagai pemain professional, pemain wajib menjaga diet dan rehatnya 24 jam sehari hingga habis musim.

“Lepas tu barulah boleh nak makan seperti orang biasa. Pemain perlu ubah diet daripada karbo kepada protein base. Lebihkan protein (ayam, ikan & telur) dan sayur. Ini dipanggil clean diet,” jelas Iskandar.

paleo-diet-what-to-eat

Ketika ditanya mengenai apakah jenis latihan yang diamalkan oleh para pemainnya, Iskandar berkata semua pemain di kelabnya menjalani latihan strength 3 kali seminggu, diselang seli antara 90 minit interval sejauh 13-15km (2 sesi) dan latihan speed sejauh 2km (60m & 30m, 4 sesi).

“Kebanyakan orang bila ditanya tentang fitness (kecergasan) hanya berkisar sekitar stamina. Sebenarnya ia lebih daripada itu. Fitness mengandungi 10 elemen iaitu strength, power, speed, agility, stamina, coordination, balancing, flexibility, stability/mobility dan accurancy.

“Bagaimana mahu mencapainya? Melalui diet serta program resistance training yang tersusun,” tegasnya.

WhatsApp Image 2020-10-27 at 6.43.43 PM

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Ab Rasid Jusoh Diumumkan Sebagai CEO Terengganu FC

TMJ Hanya Mahukan Yang Terbaik Di JDT, Padang Stadium Sultan Ibrahim Dalam Proses Pembaharuan Besar-Besaran

Anwar Ibrahim Antara 5 Pemain Yang Digugurkan Daripada Skuad Selangor Musim Depan