Bekas pemain import pasukan Pahang, Dickson Nwakaeme berhasrat untuk kekal dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan dan mahu menyertai pasukan yang mempunyai fasiliti lengkap.

Dickson sebelum ini mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan Pahang setelah skuad Tok Gajah tersingkir dari saingan Piala Malaysia musim ini apabila tewas kepada Kedah dengan keputusan 3-2.

Dickson Nwakaeme
Sumber Gambar: FA Kedah

“Saya perlukan pendekatan berbeza (dalam hidup) dan sekiranya saya meneruskan (karier), saya mahu terus bermain di Malaysia sebab sudah selesa jadi tidak perlu (ambil masa) menyesuaikan diri lagi.

“Sebuah pasukan yang mahukan saya itu perlu sudah bersedia, misalnya mempunyai kemudahan yang boleh membantu saya beraksi lebih kerap.

“Pahang sedang ke arah itu dan ia bakal menjadi sesuatu yang berlainan di Malaysia tetapi ketika ini, belum lagi bersedia,” kata Dickson Nwakaeme menurut laporan Stadium Astro.

Masih belum diketahui mengenai nasib pemain import Pahang yang lain, sama asa dikekalkan ataupun ada rombakan pada musim hadapan.

Sebelum kehilangan Dickson, Pahang kehilangan Mohamadou Sumareh dimana pemain itu menyertai Police Tero FC dan beraksi dalam saingan Thai League 1.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Julian Johan Bechler Tidak Sambung Kontrak Bersama Johor Darul Ta’zim

‘Line Hilang’ Punca Perlawanan Terengganu Dan PJ City FC Ditunda Hampir 30 Minit?

Stuart Wilkin Dilihat Menjalani Latihan Bersama JDT, Bakal Beraksi Dalam Liga Malaysia Musim Depan?