Ketika pasukan lain sudah pun mengumumkan pemain import baharu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2020 namun skuad Tok Gajah masih tercari-cari calon pemain import terbaik untuk memperkuatkan pasukan itu.

Pahang setakat ini memerlukan sekurang-kurangnya tiga pemain import bagi mengisi posisi tengah dan serangan menggantikan tempat Safuwan Baharudin (Singapura), Saddil Ramdani (Indonesia), Lazarus Kaimbi (Namibia) yang kontrak mereka tidak disambung.

Hanya khidmat pemain pertahanan dari Perancis, Herold Goulon sahaja dikekalkan manakala kelibat orang besi, Dickson Nwakaeme masih menjadi tanda tanya dalam kalangan penyokong setia Tok Gajah.

Bagaimanapun, melalui satu muat naik di laman instagram Dickson Nwakaeme, beliau membalas komen daripada seorang peminat sambil mendedahkan sanggup bermain secara percuma bersama Pahang pada musim ini.

81604032_2591538394410082_7967407343329607680_o

“Tolong kembali ke Pahang. Habiskan kerja anda sekurang-kurangnya satu musim untuk mendapatkan trofi untuk Pahang. Abaikan gaji dan kontrak. Kami tahu anda memerlukan kehidupan mewah tetapi fikirkan baik-baik ini berkaitan maruah kita. Musuh kamu ialah musuh kita,” tulis seorang peminat bernama Aman.

Namun kebanyakan penyokong Pahang meragui kenyataan daripada Nwakaeme tersebut dan menyifatkan ia hanya sekadar gurauan semata-mata untuk mengambil hati seorang peminat.

Menurut sumber, khidmat Nwakaeme hampir pasti tidak disambungkan kerana Pahang bakal mendapat seorang penyerang baharu dari Nigeria yang pernah bermain dalam Liga Vietnam pada tahun lepas.

Sebelum itu, Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) turut tidak melanjutkan kontrak beberapa pemain utama musim lalu seperti Norshahrul Idlan Talaha, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Zubir Azmi.

Mereka mengekalkan tonggak utama seperti Muslim Ahmad, Muhamad Nor Azam Abdul Azih, Faisal Halim dan Faisal Rosli dibantu Mohamadou Sumareh serta Matthew Davies.

Lihat artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia musim 2020 melalui pautan dibawah.

Sabah Semakin Hampir Dapatkan Pemain Kacukan Thailand-Jerman

Johor Darul Ta’zim Tandatangani Fernando Rodriguez Dan Kei Hirose

Rakan Sepasukan Aubameyang Sah Perkuatkan Jentera Tengah Felda United