Penyerang import Pahang, Dickson Nwakaeme berharap bekas pasukannya, Kelantan segera bangkit daripada masalah yang membelenggu mereka ketika ini.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sedang menghadapi masalah kewangan yang kritikal dimana mereka harus menyelesaikan tuntutan bekas pemain, Cassio De Jesus yang membawa perkara itu ke pengetahuan FIFA.

Menerusi laman media sosial Instagram miliknya, Dickson memuat naik gambar ketika zaman kegemilangan beliau bersama Kelantan sambil berharap pasukan itu segera bangkit daripada masalah yang dihadapi.

“Saya berharap dan berdoa Kelantan akan segera bangkit. Peminat mereka sangat luar biasa dan mereka layak untuk melihat pasukan kembali menjadi kuasa besar,” kata Dickson.

Sepanjang menyarung jersi The Red Warrior, Dickson Nwakaeme membantu pasukan itu memenangi Piala FA pada 2013 dengan menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 1-0.

Dickson kemudiannya berhijrah ke pasukan Pahang pada musim berikutnya dimana beliau turut memenangi Piala FA serta Piala Malaysia.

Baca artikel lain mengenai pasukan Kelantan di sini:

Enam Lagi Kes FIFA Sedang Menanti Pasukan Kelantan Membabitkan Tunggakan Gaji Lebih RM1.5 Juta

Elaun Pemain Skuad Piala Presiden Kelantan Masih Tertunggak, Hanya ‘Duit Raya’ RM200 Untuk Belanja Jadi Teman

Tiada Jutawan Berminat Selamatkan Pasukan Kelantan