Pasukan Perak sedikit senyap dalam bursa perpindahan pemain bagi menghadapi saingan musim hadapan apabila mereka masih belum mengumumkan pemain baharu yang menyertai pasukan.

Meskipun beberapa pemain utama telah meninggalkan pasukan seperti Brendan Gan dan Nor Hakim Hassan yang menyertai Selangor serta Nasir Basharudin yang berhijrah ke Terengganu, Perak seolah-olah berdiam diri dan enggan mencari pengganti.

Dickson Nwakaeme
Dickson Nwakaeme Sudah Mula menjalani latihan. FOTO: Pahang FA

Akan tetapi, perkara tersebut nampaknya akan berakhir dimana Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat bekas penyerang import Pahang, Dickson Nwakaeme.

PAFA mengambil keputusan untuk mengekalkan dua pemain import sahaja daripada skuad musim 2019 iaitu Leandro Dos Santos serta Careca. Ronaldo Enrique serta Hussein El Dor ditamatkan kontrak dimana mereka mahu mencuba pemain lain.

Dickson sendiri turut tidak disambung kontraknya oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dan kini beliau berstatus ejen bebas.

Dickson Nwakaeme
Sumber Gambar: @quenewsmpb

Jika Dickson Nwakaeme menyertai pasukan Perak, maka beliau akan bergandingan dengan Careca di bahagian serangan sambil dibantu oleh Leandro di bahagian tengah serta seorang pemain yang dikhabarkan beraksi bersama Selangor musim ini.

Pada masa yang sama, PAFA menegaskan mereka tidak akan menggunakan kuota pemain import Asean bagi memberi peluang kepada pemain tempatan bagi menyinar.

Baca artikel lain mengenai pasukan Perak di sini:

Leandro Dos Santos Kekal Bersama Pasukan Perak

Brendan Gan Sah Tinggalkan Pasukan Perak

Bekas Kapten Perak, Nasir Basharudin Perkuatkan Terengganu FC Musim Depan