Selepas Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) menamatkan kontrak pemain tengah import mereka, Safuwan Baharudin, peminat skuad tok gajah pasti tertanya-tanya sama ada ayam tambatan pasukan itu, Dickson Nwakaeme turut tidak akan beraksi bersama Pahang musim depan.

Melalui kenyataan di laman instagramnya, Dickson Nwakaeme menjelaskan beliau belum membuat sebarang keputusan selepas semusim bersama skuad kendalian Dollah Salleh itu. Malah, beliau juga ada menerima tawaran daripada pasukan lain di luar negara yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Nwakaeme juga berterima kasih kepada pihak pengurusan PBNP yang memberi peluang kepadanya untuk kembali beraksi di atas padang selepas berehat panjang selama hampir 2 tahun.

“Selepas berdepan masalah kecederaan selama dua musim, saya kembali mempamer prestasi lebih baik bersama Pahang. Tapi, saya belum membuat keputusan mengenai masa depan kerana ingin berehat bersama keluarga,” tulis Nwakaeme di Instagram miliknya.

Pemain yang berusia 33 tahun itu telah menjaringkan 19 gol bersama skuad tok gajah dalam saingan Liga Malaysia musim ini. Namun, beliau gagal mengulangi pencapaian pada musim 2014 dimana Pahang menjulang tiga trofi iaitu Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih.

Kehadiran penyerang berbadan sasa itu sering mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air kerana pemain tersebu menjadi mimpi ngeri kepada pemain lawan ketika zaman kegemilangannya pada tahun 2015.

Walaubagaimanapun, timbul sedikit kebimbangan dalam kalangan peminat skuad tok gajah ketika itu kerana pemain kelahiran nigeria itu sudah hampir 2 tahun tidak beraksi dalam perlawanan kompetitif setelah melakukan penampilan terakhir bersama kelab Ligue 1, Angers SCO.

Namun, Pahang yang terkenal sebagai ‘kilang memperbaiki pemain’  sentiasa ada cara untuk mengembalikan semula prestasi terbaiknya seperti mana mereka gilap kembali potensi penyerang skuad Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Dickson Nwakaeme sepanjang beraksi dalam Liga Malaysia musim ini.  

Dickson Dan Kaimbi Kembali Perkuat Jentera Serangan Pahang

Perlawanan Gila Di Stadium Darul Makmur, Kedah Jumpa JDT Di Final Piala Malaysia 2019

Ketiadaan Dickson Nwakaeme Rencatkan Jentera Serangan Pahang