Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kelmarin, Persatuan Bola Sepak Iraq (IFA) telah mengumumkan Dick Advocaat sebagai ketua jurulatih baharu pasukan kebangsaan negara itu bagi menghadapi kempen pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 zon Asia yang akan bermula pada bulan September ini.

Advocaat bukan calang-calang jurulatih kerana beliau pernah mengendalikan beberapa kelab ternama eropah seperti PSV Eindoven, Zenit Saint Petersburg, Sunderland, Feyenoord dan Fenerbahce.

Malah, jurulatih yang berusia 73 tahun ini mempunyai pengalaman luas di peringkat antarabangsa kerana pernah menjadi pengendali skuad kebangsaan Belanda di Piala Dunia 1994, skuad kebangsaan Belgium dan Rusia. Antara pencapaian terbaiknya ialah membawa Belanda raih tempat ketiga Piala Eropah pada tahun 2004.

Bola sepak Asia juga bukanlah asing bagi Advocaat kerana sebelum ini beliau menjadi ketua jurulatih Korea Selatan di Piala Dunia 2006 dan pernah membimbing pasukan UAE pada tahun 2005.

Kebetulan dua negara itu diundi bersama Iraq dalam kumpulan A Kelayakan Piala Dunia Qatar 2022. Selain Iraq, Korea Selatan dan UAE, dua lagi negara lain ialah Syria serta Lebanon.

Dua pasukan teratas dalam kumpulan, akan menempah tiket beraksi di Piala Dunia 2022. Kali terakhir Iraq layak ke Piala Dunia ialah pada tahun 1986 di Mexico.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

TERKINI: Akira Nishino Dipecat Oleh FA Thailand, Gagal Capai ‘Target’ 12 Pasukan Terbaik WCQ Asia

Qatar Tewas Kepada Amerika Syarikat, Perjalanan Dalam CONCACAF Gold Cup Berakhir

Tokyo Verdy Miliki Skuad Sepak Takraw Wanita, Bukan Sekadar Kelab Bola Sepak Semata-Mata

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group