Pemain pertahanan tengah utama pasukan UAE, Khalifa Mubarak Khalfan Khairi Al Hammadi sah tidak akan dapat diturunkan dalam perlawanan bertemu pasukan Malaysia pada 26 Mac 2020 nanti akibat penggantungan.

Dalam perlawanan UAE bertemu Vietnam pada 14 November yang lalu, Khalifa Al Hammadi telah dilayangkan kad merah pada minit ke 37 perlawanan, dan oleh kerana pasukan UAE tidak beraksi pada 19 November 2019, maka penggantungan beliau akan bermula ketika menerima kunjungan Malaysia tahun hadapan.

Khalifa Al Hammadi setakat ini telah tersenarai dalam kesebelasan utama pasukan UAE dalam kesemua perlawanan peringkat pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022 sehinggalah insiden dibuang padang di Hanoi.

EEGeVf1UEAALRoe
Kesebelasan utama pasukan UAE ketika turun berdepan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil. Khalifa Al Hammadi memakai jersi nombor 12.

Pemain kelab Al-Jazira yang berusia 21 tahun ini juga pernah membuat 1 penampilan bersama pasukan UAE dalam kejohanan Asian Cup 2019 yang lalu mula mendapat kepercayaan dari ketua jurulatih baru UAE Bert van Marwijk ketika pusingan kelayakan Piala Dunia 2022, yang mengambil alih pasukan mulai Mac 2019.

Status pemain yang telah mengumpul kad kuning dari pasukan Malaysia dan UAE adalah seperti dibawah;

Screenshot 2019-11-22 at 1.11.35 AM
Status pemain Malaysia dan UAE yang telah mengutip kad kuning/kad merah.

Selain itu, penjaring 2 gol UAE ketika bertemu Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ali Makhbout baru selesai menjalani penggantungan 1 perlawanan ketika bertemu Vietnam dan akan kembali beraksi ketika turun berdepan Malaysia pada Mac 2020.

UAE kini berada dikedudukan ke 4 dalam kumpulan G dengan 6 mata, ketinggalan 5 mata kepada pendahulu (Vietnam) selepas 4 perlawanan pusingan kelayakan. UAE pastinya mahu mencatatkan kemenangan walau apa cara sekalipun untuk merapatkan jurang dan Malaysia juga mahu terus mengejar pasukan Vietnam bagi merebut tempat selaku juara kumpulan G.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Brendan Gan: Kita Bukan Pasukan Yang Kerdil Lagi, Positif Dengan Kualiti Yang Dimiliki Dalam Pasukan Malaysia

Brendan Gan Digantung 1 Perlawanan, Terkilan Terlepas Perlawanan Penting Bertemu UAE Tahun Hadapan

Tan Cheng Hoe Puji Brendan Gan, Gesa Pemain Muda Ikuti Jejak Langkah Beliau