Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kelmarin, skuad Malaysia bawah 19 tahun (B-19) dibawah kendalian Brad Maloney sempat mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Liga Super, PJ City FC di Padang Persada PLUS, Subang, bagi menguji kemampuan mereka setelah menjalani latihan selama 3 minggu.

Ia adalah sebahagian daripada persiapan menghadapi Kejohanan AFC B-19 di Uzbekistan, pada bulan Oktober ini. Skuad negara dibelasah 6-1 dan turut disaksikan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin.

Fakrul Iman Naszari menjaringkan gol tunggal untuk Malaysia B-19 yang beraksi tanpa kelibat beberapa pemain utama termasuk penyerang prolifik, Luqman Hakim Shamsudin.

Walaupun keputusan itu dilihat sedikit membimbangkan para peminat bola sepak tempatan, namun Maloney menjelaskan ia bukan ukuran sebenar kekuatan anak buahnya kerana perlawanan itu dijadikan medan untuk menguji taktikal baharu serta keserasian antara pemain.

“Secara keseluruhan, terdapat banyak perkara positif daripada negatif. Ada corak permainan yang baik. Sudah tentu, kita perlu perbaiki lagi beberapa aspek.

“Anak buah saya belum bersedia dari segi fizikal tetapi (keputusan) ini tidak mengejutkan kerana ini baru perlawanan pertama mereka sejak direhatkan kerana PKP (COVID-19).

“Kami harus mengetepikan keputusan kerana itu bukan tujuan utama perlawanan ini. Jangan lupa, ini bukan skuad utama. Kami masih menilai dan menguji beberapa pemain baru,” jelasnya seperti dipetik dalam New Straits Times. 

116832496_3113076725455737_5959068498598456295_o

Barisan pemain Malaysia B-19 menentang PJ City FC. FOTO: FAM

Pada pusingan akhir di Uzbekistan nanti, Malaysia akan membuka tirai saingan Kumpulan D bertemu Tajikistan pada Jumaat, 16 Oktober 2020 diikuti aksi kedua menentang Qatar pada Isnin, 19 Oktober 2020 dan seterusnya aksi terakhir kumpulan berdepan Yemen pada Khamis, 22 Oktober 2020. Ketiga-tiga perlawanan dijadual berlangsung di Stadium AGMK, Olmalik.

Kumpulan A menampilkan tuan rumah Uzbekistan, Indonesia, Kemboja dan Iran; Kumpulan B dibarisi Republik Korea, Jepun, Iraq dan Bahrain manakala Kumpulan C diisi oleh Arab Saudi, Australia, Vietnam dan Laos.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan (8 pasukan) seterusnya akan layak ke suku akhir yang mana jika Malaysia berjaya muncul juara Kumpulan D, lawan adalah naib juara Kumpulan C (Arab Saudi, Australia, Vietnam atau Laos) dan jika Malaysia naib juara Kumpulan D, lawan adalah juara Kumpulan C (Arab Saudi, Australia, Vietnam atau Laos).

Seterusnya, empat pasukan yang berjaya melangkah ke separuh akhir akan secara automatik layak ke Piala Dunia B-20 2021 di Indonesia. Namun jika Indonesia menjadi salah satu pasukan yang ke separuh akhir, maka satu lagi slot tambahan akan diberikan yang mana ia akan direbut oleh empat pasukan yang kalah pada suku akhir menerusi perlawanan playoff.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad Malaysia B-19 melalui pautan dibawah.

Ini Reaksi Netizen Indonesia Yang ‘Kaget’ Melihat Susuk Fizikal Pemain Skuad Malaysia B19 Yang ‘Gede Gede’

Skuad Malaysia B-19 Dapat Tawaran Sertai Kejohanan Jemputan Di Turki Dan Perancis

Gandingan Luqman Hakim Dan Jaami Qureshi Barisi Jentera Serangan Skuad B-19 Tahun Negara

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group