Tajikistan yang dibelasah teruk dengan keputusan 2-6 oleh skuad bimbingan Lim Teong Kim pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan A, layak ke saingan Piala Dunia U17 di Peru tahun hadapan selepas menang keatas Korea Utara.

Perlawanan suku akhir kedua itu berlangsung di Stadium AirAsia MBPJ itu berkesudahan seri 1-1 tamat masa penuh dan skuad bimbingan Alisher Safarov itu menang penentuan sepakan penalti 4-2.

piala dunia u17

Skuad muda Tajikistan itu menanti pemenang diantara Korea Selatan bertemu India dalam perlawanan suku akhir ke 4 malam esok.

Kejayaan layak ke Piala Dunia U17 di Peru merupakan penampilan ke 2 Tajikistan dipentas tertinggi peringkat umur 17 tahun selepas melakukannya buat kali pertama pada edisi 2007 di Korea Selatan sejak 1993.

Dalam saingan Kumpulan A, Tajikistan mencatatkan 1 kemenangan, 1 seri dan 1 kalah menjaringkan hanya 4 gol manakala bolos 7 gol untuk mengutip 4 mata mengatasi Thailand dan Malaysia untuk menghuni tempat ke 2 Kumpulan A dibelakang Jepun.