Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengumumkan kemasukan pemain tempatan baharu iaitu Syahmi Safari bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2022 yang lebih mencabar.

Syahmi merupakan antara tonggak skuad kebangsaan yang beraksi dalam Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura bulan lalu dan beliau dijangka akan beraksi di posisi pertahanan kiri serta kanan Harimau Selatan.

Dalam video pengenalan, pemain kelahiran Kuala Selangor itu dibawa menaiki Limousin dan diperkenalkan kepada Pengarah Teknikal JDT, Alistairs Edwards. Syahmi turut berkata JDT adalah destinasi impian setiap pemain tempatan.

“Saya kini berada di sini. Terdapat hanya satu destinasi dalam bola sepak Malaysia dan JDT adalah tempatnya.

“Saya tidak boleh menyatakan tidak kepada kelab terbesar di Malaysia. ini adalah cabaran. Cabaran untuk saya melangkah ke hadapan dan mencapai kejayaan sebagai pemain bola sepak,” kata Syahmi yang akan memakai jersi bernombor 91.

Pemain yang berusia 23 tahun itu dilepaskan oleh Selangor pada bulan November 2021 walaupun masih mempunyai baki kontrak sehingga 2023. Berdasarkan penjelasan dari Selangor FC, kelab itu mendapat pampasan yang tinggi dengan persetujuan bersama.

Pada 2019, Selangor dilaporkan meletakkan klausa pelepasan RM6 juta buat Syahmi dengan dia menandatangani kontrak selama lima tahun pada ketika itu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Syahrian Abimanyu Kembali Ke Liga Indonesia Sarung Jersi Persija Jakarta

Liga Belum Pun Bermula, Melaka United Kini Berdepan Masalah Tunggakan Gaji

Penyerang Berbisa Dari Serie A Bakal Sertai JDT?

Kedah Rancang Bina Pusat Latihan Sendiri Lengkap Dengan Hub Prestasi Sukan Dan Perubatan

Abang Kandung Anthony Martial Sah Sarung Jersi Sri Pahang

Scott O’Donell Bakal Diumumkan Sebagai Pengarah Teknikal Baharu FAM?

FAM: Tan Cheng Hoe Sah Letak Jawatan Ketua Jurulatih Malaysia Dengan Persetujuan Bersama

Umbro Penaja Rasmi Jersi Terengganu Selama Dua Musim Dengan Nilai Tajaan RM1.8 Juta