Bekas pemain sayap Manchester United, Angel Di Maria sekali lagi melakukan kenyataan panas kepada bekas kelabnya dan juga Louis Van Gaal.

Di Maria ditandatangani dari Real Madrid dengan nilai £60 juta pada 2014. Namun gagal memenuhi harapan ramai pihak ketika beraksi bersama dengan Man United.

Ketika itu Di Maria dianggap pemain yang menamatkan penantian Man United untuk melihat no.7 kelab mereka menjadi pemain bintang elit sekali lagi.

Jersi no.7 di United signifikan dengan beberapa legenda United termasuk Cristiano Ronaldo, David Beckham, Eric Cantona dan George Best.

Di Maria hadir dengan status dan reputasi yang sangat luar biasa. Menjadi pemain penting Real Madrid dalam beberapa musim dan kemudian menjadi pemain terbaik perlawanan final UCL 2014.

Angel Di Maria bermain 190 kali untuk Real Madrid dalam semua pertandingan. Menjaringkan 36 gol dan membekalkan 85 assist.

Tetapi kariernya di EPL sangat sukar. Dan seringkali dikritik peminat Man United sendiri.

Beliau hanya membuat 27 penampilan dala Liga Perdana Inggeris untuk Manchester United dan akhirnya meninggalkan pasukan itu untuk menyertai PSG, hanya selepas semusim.

Bercakap kepada TyC, Di Maria menyatakan bahawa tidak kisah langsung pasal jersi keramat no.7 Manchester United. Yang baginya ianya hanyalah sekadar nombor. Tiada apa yang istimewa tentang jersi itu berbanding jersi lain.

“Saya tak kisah langsung pasal no.7 Manchester United. Mereka bercakap banyak sekali tentang nombor itu kepada saya.”

“Namun bagi saya, ianya hanyalah sekadar jersi.”

“Masalah saya di Manchester United ialah jurulatih. Van Gaal jurulatih paling teruk dalam karier saya.”

“Saya skor dan assist, namun hari keesokannya dia menunjukkan video detik saya melakukan hantaran gagal.”

“Dia kemudian menukar posisi saya setiap hari, dan dia tak suka pemain lebih besar daripada dia.”

Kini jersi no.7 Man United kembali menjadi milik Cristiano Ronaldo. Pemain itu menyertai semula Man United dari Juventus.

Awalnya jersi tersebut milik Cavani. Namun EPL membenarkan pertukaran jersi antara Ronaldo dan Cavani atas pengecualian khas.

Baca juga artikel

RASMI: Premier League Benarkan United Daftarkan Ronaldo No.7, Cavani Tukar Ke No.21

Jurulatih Maghribi Kecewa Ziyech Menipu: “Ini Pasukan Kebangsaan Bukan Penjara”

Mourinho: “Cucuklah Vaksin Tu Granit Dan Berjaga Jagalah”