Angel Di Maria memberikan komen tentang perpindahan Lionel Messi dengan turut mengaitkan Cristiano Ronaldo.

Di mana menurut Di Maria, Ronaldo pun turut berminat untuk datang ke Paris St Germain kerana kualiti dimiliki pasukan tersebut.

Dan akhirnya, kelab itu membuat keputusan yang yang jauh lebih baik daripada itu, dengan mendapatkan Lionel Messi.

Ini kerana menurut Di Maria, Lionel Messi merupakan pemain yang lebih bagus daripada Cristiano Ronaldo.

Di Maria bermain bersama dengan Lionel Messi di dalam kem kebangsaan Argentina dan membantu negara mereka memenangi Copa America tahun ini.

Di Maria pernah bergandingan cukup cemerlang bersama dengan Cristiano Ronaldo ketika di Real Madrid. Sebelum menyertai Man United pada 2014.

Ketika di Man United, Di Maria diberikan nombor 7 dan diletakkan harapan untuk menjadi pengganti kepada Cristiano Ronaldo. Malangnya beliau gagal memenuhi semua harapan itu kepadanya.

Di Maria kemudian menyertai PSG dan mendapatkan semula prestasi terbaiknya.

Bercakap kepada siaran tv Argentina, TyC Sports, Di Maria berkata: “Messi adalah makhluk dari planet lain. Kamu baling batu kat dia pun, dia akan mampu mengawalnya dengan kakinya.”

“Dia menewaskan manusia lain di atas padang seperti tidak ada apa. Messi berfikiran lebih pantas daripada manusia lain. Saya tak pernah melihat sesuatu seperti itu.”

“Saya sudah bermain bersana Cristiano, Neymar, [Kylian] Mbappe, [Wayne] Rooney, [Robin] Van Persie, [Zlatan] Ibrahimovic, [Karim] Benzema, [Gareth] Bale dan jujurnya saya tidak pernah melihat mana mana pemain seperti Messi.”

“Kualiti dan kuantiti yang dimiliki PSG sekarang sangat unik. Ianya jarang berlaku kepada mana mana klab lain. Dan pemain pemain terbaik sentiasa mahu bermain untuk yang terbaik.”

“Sudah pastinya, Cristiano Ronaldo pun teringin untuk datang ke sini, namun kelab telah membahawa Messi, ianya jauh lebih baik.”

Ronaldo antara pemain yang dikaitkan dengan PSG. Namun dia memutuskan untuk terus kekal di Juventus.

Tetapi jika Kylian Mbappe tidak melanjutkan kontraknya di PSG, kelab tersebut dikatakan mahu membawa Cristiano Ronaldo menyertai mereka.

Baca juga artikel

Highlight EPL: Mohamed Salah Catat 1 Gol Dan 2 Assist Di Carrow Road

EPL: Man United Belasah Leeds, Bruno Hatrik, Pogba 4 Assist

EPL: Sang Lebah Sengat Arsenal Pada Hari Pembukaan Dan Debut EPL Selepas 74 Tahun