Paul Pogba telah menjelaskan kenapa beliau berbeza prestasinya ketika di Juventus dan Perancis dengan Manchester United.

Ketika di Juventus, Pogba menjadi pemain tengah prolifik sebaik sahaja meninggalkan Old Trafford pada 2012. Beliau menjaringkan gol dua angka untuk dua musim berturut turut pada 2014/15 dan 2015/16.

Pogba kemudian menyertai semula Man United dengan rekod tertinggi perpindahan di dunia pada masa itu.

Dalam dua musim terakhirnya bersama Man United, Pogba hanya menjaringkan 7 gol dalam semua pertandingan.

Pogba menyatakan dia berubah peranan di United dengan menjadi lebih defensif. Namun dia gembira untuk berkorban demi pasukan.

Bersama dengan Perancis, Pogba mengakui dia diberikan lebih kebebasan untuk mengekspresikan dirinya. Menjadikan dia pemain yang sangat serba bola seperti mana dia bermain di Juventus dahulu.

Berbeza dengan ketika bersama dengan Jose Mourinho dan kemudian Ole Gunnar Solskjaer di mana keutamannya adalah lebih kepada aspek defensif.

Bercakap kepada L’Equipe, Pogba berkata:

“Memang betul di Juventus berbeza dengan Manchester. Kami bermain tiga serangkai di tengah, dalam formasi 5-3-2. Saya mempunyai kebebasan, saya harus berada di dalam kotak penalti membantu penyerang, untuk menyerang. Itu adalah tanggungjawab mutlak saya.”

“Di Manchester, saya memiliki kebebasan untuk masuk ke dalam kotak, tetapi keutamaannya adalah untuk bermain [mengawal tempo] dan bertahan.”

Pogba menggariskan peranannya di Perancis lebih mudah kerana dia tidak perlu banyak bergerak ke bahagian sayap ataupun serangan kerana adanya pemain yang memilki kadar kerja yang tinggi.

“Dalam pasukan Perancis, kami juga bermain 4-2-3-1. Saya lebih terlibat dalam peralihan, dalam pembinaan permainan. Tetapi saya mempunyai lebih banyak kebebasan daripada yang saya mainkan di Manchester untuk masuk ke dalam kotak penalti, untuk membuat larian ke depan.

“Pada masa yang sama, ketika kamu memiliki Grizou [Antoine Griezmann], Kylian [Mbappe], kamu tidak ingin memasuki kawasan mereka, kamu tidak perlu melakukannya.”

mismejwmw7rywtra_1616492898

Dan ketika ditanya, mana satu beliau gemari, adakah pendekatan defensif di Man United ataupun di Perancis serta Juve yang lebih ofensif.

Pogba dengan jujur menjawab: “Saya mahu bermain lebih kepada menyerang.”

Meskipun Pogba menyatakan bahawa beliau berpuas hati dengan bebanan untuk bermain lebih defensif di Man United, namun beliau bertekad mahu berusaha mendapatkan semula sentuhan prolifiknya dari sistem yang berlainan tanpa menyusahkan pasukan secara kolektif.

Pogba menambah: “Saya ingin bermain lebih ofensif. Menjaringkan 15 gol setiap musim, itulah yang saya mahukan.”

“Tetapi, kita mesti meletakkan diri kita dalam permainan kolektif. Di Manchester, seperti di Les Bleus, kolektif sentiasa menjadi perkara di atas individu.”

“Terus terang, saya masih menikmati bermain lebih ke bawah. Ketika Patrick (Vieira) mengatakan bahawa dia lebih suka saya di Juventus, saya faham, saya dapat mengekspresikan diri lebih banyak lagi, lebih banyak bermain dengan teknik saya. ”

“Tetapi saya percaya, permainan kolektif di atas segalanya. ”

Baca juga artikel

Euro 2020: Jaringan Sendiri Hummels Ceriakan Perancis Di Munich

Juventus Sedia Tewaskan Arsenal Dalam Perebutan Mendapatkan Locatelli

RASMI: Parma Umum Kepulangan ‘Superman’ Buffon Selepas 20 Tahun Berpisah

 

Sumber