Kejutan terbesar berlaku dari pertandingan DFB Pokal 2020/2021, di mana Bayern Munich disingkirkan oleh pasukan divisyen 2 – Holstein Kiel.

Oleh kerana ianya Bayern Munich dan melibatkan kejohanan domestik, maka sesuai rasanya menggunakan ayat kejutan terbesar.

Bayern memandang serius DFB Pokal, dalam usaha mereka mengulangi treble musim lalu. Dan mereka menurunkan ramai bintang sama ada di kesebelasan utama mahupun pemain gantian.

Bayern Munich mendominasi sebahagian besar perlawanan dengan 23 percubaan ke arah gol berbanding hanya 9 dilakukan lawan sepanjang 120 minit.

Siapa sangka, tetap juga Kiel berjaya menyingkirkan Bayern menerusi penentuan penalti selepas kedua dua pasukan terikat 2-2. Kiel menang 6-5 dalam penentuan penalti tersebut.

Bayern Munich sangat hampir mara secara rutin apabila di hadapan pada masa kecederaan. Namun pada masa kecederaan minit ke-90+5, Haul Hawl menjaringkan gol penyamaan. Perlawanan dilanjutkan ke masa ekstra 30 minit.

2021011408936045

Tiada tambahan gol dicatatkan oleh kedua dua pasukan terutama sekali Bayern Munich.

Dalam penentuan penalti – Lewandowski, Kimmich, Muller, Alaba, dan Douglas Costa sukses mencetak gol.

Menariknya, lima pelaksana penalti pertama Holstein Kiel juga menewaskan Manuel Neuar untuk mencatatkan skor sempurna pada pasingan pertama.

Namun pada penentuan penalti – tambahan, Marco Roca pula gagal menyempurnakan tugasan beliau.

Pemain Kiel menyedari itulah peluang mereka untuk mara. Namun di gawang adalah Manuel Neuer. Pakar penyelamat penalti. Tetap juga Neuer tidak dapat menyelamatkan satu lagi penalti lawan dari divisyen 2 itu.

Baca juga perkembangan lain

TERKINI: Hutang Barcelona Hampir €1 Billion, Gaji Januari Tertunggak Termasuk €37 Juta Gaji Messi

Ole: ‘Masa Tepat Untuk Menentang Liverpool Di Anfield’

EPL: Voli Pogba Julang Red Devils Ke Puncak Liga Pintas Liverpool

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group