Bayern Munich turun menentang Borussia Mochengladbach dalam aksi Piala DFB Pokal dalam pusingan kedua. Biasanya tiada masalah untuk Bayern mara ke pusingan seterusnya.

Secara normalnya Bayern akan menurunkan skuad kedua pada pusingan seperti ini. Namun tidak kali ini.

Menurunkan skuad yang kuat, Bayern telah dikejutkan dengan kekalahan 0-5 di tangan Borussia Mochengladbach.

Ini merupakan salah satu aksi terburuk Bayern pada era moden terutama sekali dalam aksi domestik.

Bayern melepaskan gol seawal minit kedua lagi dalam perlawanan ini menerusi gol Kouadia Kone.

Ini diikuti oleh dua gol daripada Rami Bansebaini pada minit ke-15 serta penalti pada minit ke-21.

Pada separuh masa kedua, Breet Embolo menambah dua lagi gol buat pasukan pelawat, pada minit ke-51 dan minit ke-57 untuk menjadikan kedudukan 5-0.

Embolo telah menjadi masalah terbesar Bayern dalam perlawanan ini. Beliau mencipta dua assist dan dia sendiri menjaringkan 2 gol selepas itu.

Bayern malu teruk dengan kekalahan ini. Kerana sebelum perlawanan, bekas presiden Bayern, Uli Hoeness menyatakan bahawa Bayern kini sedang bermain corak permainan bola sepak impian mereka di bawah Julian Nagelsmann.

Namun ternyata bola itu bulat dan apa sahaja boleh berlaku. Siapa sangka pasukan segah Bayern dibelasah teruk oleh Gladbach.

Para peminat Bayern Munich mengutuk prestasi para pemain mereka yang dianggap tidak fokus dalam padang.

Dayot Upamecano antara pemain yang menjadi sasaran kritikan oleh peminat selepas aksi hambarnya.